Ini Kangkong!
Kangkong yang digoreng sama belacan..
|
Maaf kepada..
Tuan, Tuan Guru, Dato, Datuk Sri, Dato’ Sri Utama, Datuk Pendekar .. Rasanya biar hamba (orang
yang tidak ada kena-mengena dengan mana-mana parti politik di Malaysia) saja
yang menjawab kepada Para Profesor-Profesor Kangkong ini…
1)Masa
yang tawarkan selama 10 minit adalah tidak ikhlas logik kata hanya melepaskan
batuk ditangga sahaja. Sudahlah 10 minit, tetapi hanya rakaman yang dibenarkan.
2)Drama
Swasta yang disiarkan di TV pun mengambil masa 60 minit. Siaran kartun Doraemon
atau Upin & Ipin juga mengambil masa 30 minit. Itu belum masuk lagi filem
aksi ganas slot megamovie?
3)Yang
mana lebih penting antara hiburan dengan Dasar untuk pembangunan Negara? Masa
yang dirasakan munasabah adalah 120 minit, secara langsung!
4)Jika
diberi peluang kepada Tuan Guru untuk membentangkan manifesto ini, mukadimahnya
saja mengambil masa 5 minit, Rumusan juga 5 minit. Isinya hanya boleh dibentang
5 minit juga. Itu belum termasuk lagi dengan doa!
5)Cukup2lah
cubaan nak perbodohkan rakyat. Rakyat pun tahu ini semua propaganda. Cubalah
mendidik rakyat supaya menjadi cerdik sikit.. dan jangan jadikan rakyat seperti
kangkong juga!
Tolak tawaran 10 minit di
RTM bukti pembangkang takut
KUALA
LUMPUR, 27 Mac — Tindakan pembangkang menolak tawaran kerajaan membentangkan
manifesto pilihan raya umum (PRU) ke-13 mereka melalui Radio Televisyen
Malaysia (RTM), membuktikan mereka takut tidak dapat menandingi manifesto
Barisan Nasional (BN), menurut beberapa pemerhati.
Ketua
Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Dr
Zainal Kling hari ini berkata pembangkang seharusnya menerima tawaran itu
sekiranya mereka yakin skop manifesto yang ditawarkan boleh memanfaatkan rakyat
dan benar-benar boleh direalisasikan, jika menang PRU13.
"Tetapi
mereka ini dalam berkempen untuk pilihan raya lebih banyak memburuk-burukkan
pihak lain, menyebabkan mereka akhirnya memberikan banyak alasan untuk menutup
kelemahan sendiri termasuk menolak tawaran yang diberikan," katanya semasa
dihubungi Bernama di sini.
Selain
itu, Zainal juga menyifatkan pembangkang tidak berani untuk membentangkan
manifesto secara terbuka kerana PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak
sehaluan dan mempunyai matlamat perjuangan yang berbeza walaupun berada dalam
kapal yang sama.
Pada
Selasa, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad memberitahu sidang media
bahawa mereka mengikut langkah PAS dan DAP menolak tawaran kerajaan untuk
muncul 10 minit membentangkan manifesto di RTM selepas pembubaran Dewan Rakyat.
Tawaran
itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais
Yatim pada 22 Mac lalu dan semua parti politik diberi masa selama 10 minit
untuk mengemukakan skop dan manifesto mereka.
Sementara
itu, bekas Pensyarah Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya Prof Madya
Zainal Abidin Borhan berkata pembangkang tidak sepatutnya menolak tawaran yang
diberikan ‘bulat-bulat' kerana ini peluang mereka muncul di saluran media rasmi
dengan manifesto mereka.
Beliau
menambah kata pembangkang juga tidak sepatutnya mempersoal tempoh masa 10 minit
yang diberikan, sebaliknya mengambil peluang yang ada terlebih dahulu sebelum
memohon untuk dipanjangkan tempoh penyiaran jika manifesto mereka memerlukan
lebih masa.
"Tempoh
10 minit boleh dimanfaatkan secara baik sekiranya pembangkang kreatif dalam
mengiklankan manifesto mereka seperti menggunakan tayangan slaid berbanding
sesi wawancara yang memerlukan lebih masa," katanya. Beliau juga berkata
tawaran itu membuktikan kerajaan cuba melakukan pembaharuan dan bertolak ansur
dengan kehendak pembangkang, sebaliknya pembangkang yang sering tidak berpuas
hati, terus menuduh kerajaan sebagai tidak berlaku adil.
"Tuduh-menuduh
bukan budaya dan tamadun kita. Jika tidak berpuas hati seharusnya duduk
berbincang dengan baik untuk mencari penyelesaian," katanya.
Presiden
Pemikir Profesional Melayu Malaysia Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar pula
menyifatkan tindakan pembangkang menolak tawaran itu menunjukkan mereka tidak
ikhlas dalam memperjuang nasib rakyat seperti yang sering dilaung-laungkan.
"Ini
peluang yang baik untuk mereka menjelaskan manifesto mereka di televisyen
kerajaan kerana banyak kali mengatakan tidak pernah diberikan peluang, tetapi
bila sudah terbuka di depan mata, banyak pula ragam dan helah
dibangkitkan," katanya.
Sementara
itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains
Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata pembangkang tidak
seharusnya melepaskan peluang itu dengan sewenang-wenangnya.
"Tawaran
untuk membentangkan manifesto di televisyen merupakan permulaan yang baik dalam
pembaharuan yang dilakukan kerajaan menuju ke arah kebebasan media.
"Seharusnya semua parti politik termasuk pembangkang mengambil peluang dan
jika terdapat kekurangan, ia boleh diutarakan dan penambahbaikan boleh
dilakukan pada masa hadapan," katanya. — Bernama
No comments:
Post a Comment