Wednesday, April 3, 2013

Foto Menarik Dari Aksi Kai Rooney






Siapa yang tidak kenal dengan Wayne Rooney, bintang bola sepak dari kelab Manchester United dan England. Aksinya di padang sering mendapat perhatian dan amat merbahaya jika dibiarkan berleluasa di dalam kawasan penalti pihak lawan.

Rooney dan pasangannya Coleen dikurniakan seorang anak lelaki comel yang diberi nama Kai. Aksi Kai Rooney tidak kurang menariknya apabila sempat dirakam kamera dalam pelbagai aksi.

Kai yang juga meminati kelab Barcelona kadang-kadang memberikan aksi lucu di hadapan kamera. Melihat pipinya yang kemerah-merahan membuatkan sesiapa saja yang melihat berasa geram dan ingin saja mencubit pipinya yang comel itu.

Ingin melihat aksi Kai Rooney? Lihat foto di bawah...


Anak Ayah..

Ala Harry Potter

Bersantai bersama keluarga

Pandai Bergaya

Seronok bermain dengan Ikan Lumba2

Awas Jerung datang!

Nombor Kebanggaan KU

Dah pandai berchating dah

Bergaya Tak?

Rakyat tak sabar-sabar tunggu Pakatan turunkan harga motosikal




KUALA LUMPUR 2 APRIL: Tawaran penghapusan 20 peratus cukai eksais motosikal sebagaimana ditawar Pakatan Rakyat jika mentadbir Putrajaya sudah lama dinantikan rakyat.

Warga kota rata-ratanya pengguna motosikal menyambut baik tawaran dan tidak sabar merebut peluang keemasan itu.

Kata mereka, tawaran itu memberi peluang untuk memiliki kenderaan sendiri serta membolehkan lebihan wang disimpan untuk kegunaan masa hadapan.

Pelajar tahun satu kolej swasta di ibu negara, Azmin Syarhan, 18, berkata, penghapusan cukai eksais akan membantu rakyat yang berpendapatan rendah untuk memiliki kenderaan.

“Di Malaysia ramai yang pakai motosikal sebab ia kenderaan mampu milik. Tapi masih ramai rakyat berpendapatan rendah berkira-kira mahu membelinya. Dengan penurunan ini, saya yakin ia membantu ringankan beban rakyat,” katanya.

Sementara itu, pelajar Ekonomi UiTM Puncak Alam, Hidayah Mohd Yusuf, 23, berkata, penghapusan cukai eksais memberi peluang kepada wanita muda untuk memiliki kenderaan sendiri bagi tujuan keselamatan.

“Bagi wanita muda macam kami, memang lebih selamat kalau guna kenderaan sendiri berbanding kenderaan awam terutama waktu malam.

“Dalam usia begini, nak beli kenderaan memang tak mampu…Kalau boleh dikurangkan harga kenderaan, tawaran itu sangat baik dan menguntungkan,” katanya.

Pekerja syarikat telekomunikasi, Jeeva Raja Gopal, 20, berkata, penurunan harga motor akan memberi peluang kepada rakyat membeli kenderaan tanpa perlu membayar lebih banyak faedah kepada syarikat penjual motosikal.

“Kawan saya bayar motosikal ansuran bulanan RM200. Itu tak termasuk faedah pinjaman RM80. Jumlah ini bukan sedikit, tapi terpaksa sebab ia satu keperluan,” kata Jeeva.


Pelajar Kejuruteraan Komputer Universiti Kuala Lumpur, Fakhruddin Mohd, 25, bersetuju dengan penurunan itu yang memberikan kesan pencemaran lebih minima berbanding kenderaan pacuan empat roda.

“Kalau dibandingkan dengan kereta, motosikal lebih senang dimudah alih kerana saiznya lebih kecil dan kapasiti asap yang terhasil juga lebih minima serta dapat mengelakkan pencemaran udara,” katanya.

Pekerja swasta dari Shah Alam, Nurul Huda Yahya, 30, berkata, kenderaan awam seperti LRT dan monorail kebanyakannya tertumpu di pusat bandar. Masih banyak kawasan yang tidak mempunyai akses kenderaan awam.

“Penurunan harga motosikal sangat berkesan kepada pengguna yang tiada rangkaian kenderaan awam seperti saya,” katanya yang bercadang mahu membeli motosikal dengan tawaran itu.


Berlainan pula bagi Chong Yih Lip, 21, pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

Katanya, masa perkhidmatan kenderaan awam yang terhad menyebabkan rakyat memerlukan pemilikan kenderaan.

“Selepas tengah malam, perkhidmatan kenderaan awam ditamatkan. Harga teksi pula naik sekali ganda untuk caj lebih masa.

“Memang susah untuk pengguna yang tiada pilihan, sebab itu perlunya kenderaan sendiri walaupun hanya motosikal. Kemudahan ini juga memudahkan urusan pelajar,” kata Chong. – NS


Tuesday, April 2, 2013

Gejala Anak Haram Makin Bercambah




Lihat saja graf anak haram ini amat menakutkan, mencanak naik bagai tropedo! Harapan supaya ia menunjukkan penurunan, hanya tinggal harapan. Apa yang menyedihkan peratusannya di juarai oleh kaum melayu yang dipercayai rata-rata beragama islam. Diikuti kaum cina dan india.

Tidak mustahil angka ini akan mencecah kepada jutaan!





Lihatlah kepada insan yang tidak berdosa ini. Apakah mereka ini meminta untuk dilahirkan kedunia? Sedangkan haiwan yang tidak dianugerahkan akalpun tahu menyayangi anaknya. Maka siapa yang tergamak melakukan ini apakah gelaran yang boleh diberikan selayaknya?




Buat Dosa 2 dalam 1: Budak Sekolah Tipu Ibu, Main Dengan BF di Hotel Buget




Apa laa nak jadi dengan budak sekarang ni, sudahlah pandai menipu Ibunya hidup-hidup..katanya nak jumpa kawan, tapi pegi main dengan BF kat hotel buget. Kesian pulak pada ibunya... dah tentulah orang kata tak pandai jaga anak. Padahal anak dia yang gedik!


Pelajar 16 tahun tipu ibu dicekup khalwat

LEDANG – Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.

Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak  untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.-sh