Thursday, September 5, 2013

Wan Nor Azlin Rela Hantar Bapanya Ke Penjara!





Jika Lelaki dikatakan Si Tanggang, Jika perempuan? Mungkin Si Tonggeng kot namanya... Tidak tahu dimanakah silapnya, apakah ini dinamakan *hukum karma? Apapun orang kampung pernah berkata.. what you gift.. you get back!. Wallahu a’lam.

SHAH ALAM 4 Sept. - Pelakon Wan Nor Azlin Wan Mohd. Husain telah menyerahkan notis tunjuk sebab kepada bapanya untuk menuntut penjelasan mengapa dia tidak boleh dipenjarakan berhubung isu penjualan sebuah rumah di Taman Keramat.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Mahyuddin Md. Zahari yang mewakili Wan Nor Azlin di Mahkamah Tinggi Syariah di sini ketika prosiding kes itu di hadapan Hakim Syarie, Mohamed Fouzi Mokhtar hari ini. Ikut ceritanya [di sini].
 Seorang bapa perlu bermuhasabah diri, lihat apayang diperkatakan di bawah..

Kesalahan ibu bapa didik anak

SOALAN:
Setiap ibu bapa mahukan zuriat yang dapat berbakti kepada mereka pada hari tua kelak. Namun, semakin banyak didikan yang diberi semakin mereka jauh daripada gelaran ‘anak soleh’. Bagaimanakah perkara tersebut boleh terjadi? Di manakah silapnya?

Jawapan:
Anak adalah kurniaan ALLAH SWT yang tiada nilai tandingnya. Betapa beruntung pula ibu bapa yang dikurniakan zuriat sebagai penyambung dan kekuatan sesebuah rumah tangga.

Anak yang cemerlang tidak hanya terjadi begitu saja. Ini bergantung sejauh mana kesedaran dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak. Terdapat kisah dalam al-Quran mengenai Nabi Ibrahim, Nabi Yaakub dan Nabi Zakaria yang tidak putus berdoa agar dikurniakan anak yang taat kepada ALLAH SWT.

Demikianlah ibu bapa juga perlu berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah dan memohon agar tidak diuji dengan anak derhaka seperti yang dialami Nabi Nuh AS. Hakikatnya, anak juga menjadi ujian kepada setiap ibu bapa. Dan merekalah yang berkewajipan untuk mendidik anak agar tidak terjerumus ke lembah kesesatan dunia dan kemelaratan akhirat.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi ALLAH jualah pahala yang besar." (Surah At-Taghabun: 15)

Ada segelintir ibu bapa yang gagal membentuk anak menjadi generasi yang unggul. Orang yang malang dan gagal dalam ujian ialah mereka yang mempunyai anak, tetapi tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Kesilapan bagaimanakah dilakukan ibu bapa dalam membentuk anak hingga dikatakan gagal dalam ujian ALLAH ini?

Antara kesilapan dalam mendidik anak adalah seperti berikut:

[1]. Kurang mengambil perhatian dan menitikberatkan mengenai berdoa kepada ALLAH SWT. Oleh itu, ibu bapa digalakkan berdoa agar dikurniakan zuriat yang baik pada saat kehamilan. Antara amalan doa ketika mengandung adalah memohon rahmat, zuriat yang baik, mengerjakan solat dan mendoakan ibu bapa apabila tiada di dunia kelak. Setelah anak dilahirkan, ibu bapa perlu terus lebih banyak berdoa seiring dengan anak yang semakin membesar.

[2]. Anak tidak dibesarkan dengan belaian kasih sayang. Suasana rumah yang tidak aman dan penuh ancaman, hanya akan membantutkan proses pembelajaran kerana emosi mereka yang tidak stabil. Diriwayatkan Aisyah RA: "Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan dan Al-Husain bin Ali RA. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai 10 anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

[3]. Ibu bapa menunjukkan contoh yang tidak baik di hadapan anak. Sedarilah bahawa, anak akan senang meniru perbuatan orang yang lebih rapat dengannya, khususnya ibu bapa mereka. Apabila diperhatikan, anak yang sering bercakap kasar dan menipu lahir daripada keluarga yang mempunyai tingkah laku yang sama. Selain daripada itu, ibu bapa turut membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke rumah sama ada dari kalangan sahabat sendiri ataupun anak. Wujudnya anasir yang tidak baik di dalam rumah akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak yang sedang meningkat dewasa. Seeloknya, mereka perlu didedahkan dengan model yang cemerlang seperti golongan ulama, orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Mereka juga perlu digalakkan untuk solat berjemaah, mengikuti kuliah agama dan aktiviti yang bersesuaian dengan nilai murni Islam.

[4]. Mendidik anak dengan memberi ancaman dan menakut-nakutkan (tarhib) berbanding penghargaan, pujian dan hadiah (targhib).

[5]. Tidak tegas dalam mendidik anak. Ibu bapa perlu tegur dan hukum anak apabila menunjukkan tingkah laku negatif seperti malas atau enggan melaksanakan perintah ALLAH SWT. Ketegasan juga perlu selari antara ibu dan bapa supaya anak tidak keliru untuk membentuk tingkah laku yang betul. Selain mendidik dengan belaian kasih sayang, ibu bapa juga perlu memberi amaran dan teguran apabila mereka melakukan kesalahan dalam tingkah laku. Ibu bapa perlu menggantung rotan di rumah sebagai amaran kerana merotan mereka dengan tujuan mendidik (bukan untuk menyakiti) sebagai satu sunnah.

[6]. Menjadualkan kegiatan harian anak tanpa menurut kemahuan dan kemampuan mereka. Ibu bapa juga terlalu memfokuskan sesuatu aktiviti tanpa mengambil kira perasaan dan bakat yang mereka miliki. Bagi yang mempunyai bakat melukis, mungkin akan memberontak apabila ibu bapanya memaksa memasuki kelas seni mempertahankan diri. Kesilapan lebih besar berlaku apabila ibu bapa tidak memberi pendidikan yang seimbang antara jasmani, rohani, emosi dan mental. Ini kerana ibu bapa hanya mementingkan kemajuan mental hingga melahirkan anak yang cerdas tetapi mempunyai akhlak yang buruk.

[7]. Memaki hamun dan menegur anak dengan mengeluarkan kata-kata kesat terutama ketika sedang marah. Kesilapan juga berlaku apabila ibu bapa mendoakan keburukan si anak setiap kali mereka melakukan perkara yang menyalahi norma. Perbuatan mendoakan kejelikan anak perlu dielakkan kerana dikhuatiri doa itu akan dimakbulkan ALLAH.

[8]. Tidak menghidupkan keluarga yang sakinah, mawadah dan rahmah. Apabila diperhatikan, walaupun kehidupan sesebuah keluarga itu terasnya adalah Islam, tetapi gaya hidup yang dilalui persis orang bukan Islam. Inilah hasilnya apabila hidup yang tidak bertunjangkan Islam, tidak berteraskan al-Quran dan tidak berpaksikan hadis. Pastinya hari-hari yang dilalui mereka akan berterusan tanpa mengamalkan norma dan nilai Islam yang digariskan. Ibu bapa yang sebegini akan melahirkan anak yang tidak islamik dan akan menimbulkan pelbagai konflik keluarga yang akhirnya akan merosakkan masa hadapan anak itu sendiri. Kurang menghidupkan sunnah di dalam rumah seperti memberi salam, makan bersama, solat berjemaah dan seumpamanya, hanya membuatkan anak semakin jauh daripada ibu bapa. Pertengkaran juga akan berlaku antara suami isteri dalam sebuah rumah tangga yang tidak dirahmati. Keadaan menjadi lebih keruh lagi apabila pergaduhan berlaku di hadapan anak-anak. Hasilnya, akan menyebabkan anak berasa tertekan dan membenci kedua ibu bapanya.

[9]. Tidak mengambil berat kepentingan rumah tangga yang memerlukan suasana kondusif, bersih, kemas dan teratur. Suasana rumah tangga yang berselerak dan kotor akibat ibu bapa yang malas dan pengotor hanya akan melahirkan anak yang pemalas dan selekeh. Rumah tangga yang tidak kondusif juga akan menutup ruang untuk anak mengembangkan potensi dan bakat sedia ada.

[10]. Kurang mengawasi aktiviti anak sama ada di dalam ataupun di luar rumah. Misalnya, ibu bapa kurang mengawasi rancangan yang ditonton sama ada melalui pawagam, televisyen, video ataupun internet, menjadikan peluang untuk mereka terdedah kepada budaya kuning atau liar menjadi lebih besar.

Ini kerana, rancangan daripada pelbagai media ini banyak menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan memakai pakaian yang tidak menepati syarak. Kesilapan akan berterusan apabila ibu bapa menyerahkan tugas mendidik anak kepada pembantu rumah yang tidak membesarkan mereka dengan nilai-nilai Islam (jika dia tidak beragama Islam). Oleh itu, ibu bapa harus memastikan anak benar-benar terdidik dengan didikan Islam kerana hal inilah yang akan menentukan hala tuju kehidupan mereka kelak.

Ini pula antara pengorbanan insan yang bernama Ayah..

KUALA KETIL - Seorang bapa terpaksa berhenti berniaga bagi memberi tumpuan kepada anak perempuannya yang berhadapan masalah jantung berlubang dan leukimia sejak tiga bulan lalu. Erman Shah Yahya, 30, dari Taman Permai, Kuala Ketil yang merupakan peniaga kuih muih di pasar malam dekat sini sanggup berjaga siang dan malam bagi memberikan perhatian penuh kepada Qysstina Syafieka, 5.

Isterinya, Norhasyimah Abu Hasan, 26, yang sedang mengandungkan anak ketiga dinasihatkan oleh doktor untuk berehat bagi mengelak kesihatannya dan anak yang dikandung terjejas. Keadaan itu mengakibatkan Erman tepaksa memikul tanggungjawab yang lebih demi kebaikan anak-anaknya. Menurutnya, Qysstina terpaksa diletakkan di dalam wad Hospital Sungai Petani dalam jangka masa yang lama bagi memastikan keadaan kesihatannya terkawal.

“Kadang kala, saya tidur di Hospital kerana tidak larat untuk pulang ke rumah. Saya juga perlu memberikan perhatian kepada isteri yang sedang sarat mengandung.

“Sehubungan itu, saya terpaksa kuatkan semangat demi memastikan kebajikan dan kasih sayang dalam keluarga ini tidak terabai,” katanya semasa ditemui di kediamannya, semalam.


JERTIH – Seorang bapa sanggup mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan seorang anaknya yang terperangkap dalam bilik tidur yang terbakar, di sini, dekat Jertih, semalam.

Alias Manaf, 37, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi itu, dia nekad masuk semula ke dalam bilik tidur anaknya itu kerana salah seorang daripada tiga anaknya masih berada di bawah katil sambil menutup badannya dengan selimut tebal.

"Ketika itu, asap tebal dan keadaan bilik sangat panas tetapi saya nekad menyelamatkan anak saya dengan menarik kakinya keluar dari bilik tersebut.

"Ketika itu, sebahagian bilik telah terbakar termasuk tilam," katanya ketika  menceritakan detik cemas sewaktu menyelamatkan anak keduanya itu.

Sebelum itu menurut Alias, dia berjaya mengeluarkan anaknya yang berada di bilik sama iaitu Nor Anis Sanisya, 8, dan Muhammad Shaqef Ikram, 2, selepas Nor Sanisya menyedari rak pakaian dalam bilik berkenaan terbakar.


PASIR MAS - Seorang buruh, Wan Mohamad Wan Omar, 42, di Kampung Pondok Haji Omar, Kubang Bemban menerima 12 jahitan di kepala apabila terkena serpihan batu ketika cuba menyelamatkan anak bongsunya, Wan Azim Haikal, 2, daripada ditimpa bumbung.

“Kejadian berlaku dalam jam 5.30 petang, ketika itu anak bongsu saya sedang tidur di dalam buaian di ruang tamu rumah.

“Tiba-tiba angin kuat datang dan menerbangkan bumbung rumah kami sehingga menyebabkan semua benda di dalam rumah berterbangan.

"Saya cuba menyelamatkan dia untuk dibawa keluar dari rumah, namun terkena serpihan batu yang jatuh dari bumbung ketika itu,” katanya ditemui di sini, semalam.

--------------------------------
*Hukum karma ini agak senang untuk difahami - apa yang kita semai, itulah yang kita tuai. Kalau kita menyemai padi, maka padilah yang akan kita tuai. Jika kita menanam budi, maka kebaikanlah yang kita terima. Konsep hukum karma ini jika kita perhatikan kelihatan memiliki persamaan dengan konsep dosa dan pahala.

Karma adalah perkataan Sanskrit sama seperti asal-usul perkataan dosa dan pahala. Dalam Islam, dosa dan pahala hanya akan dihitung sesudah kita wafat. Manakala hukum karma ini berlaku dimuka bumi ini ketika kita masih hidup.

Minyak Naik Lagi!, Hip! Hip! Horeyyy!






Langkah kerajaan mengurangkan subsidi minyak petrol RON 95 dan diesel bertujuan mengukuhkan ekonomi rakyat serta negara untuk jangka pendek dan panjang. Pengurangan subsidi kedua-dua bahan api itu telah 'menyelamatkan' duit serta peruntukan yang sepatutnya diterima oleh golongan sasar.

Apa katanya...

"Sebelum ini semua orang dapat jumlah subsidi minyak RON 95 dan diesel yang sama tidak kira kaya atau kurang berkemampuan. Perkara ini dilihat tidak adil kepada golongan yang kurang berkemampuan kerana apa yang diterima mereka turut diterima oleh golongan kaya.

Jadi, langkah kerajaan itu tepat memandangkan subsidi yang dikurangkan itu akan disalurkan pula menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan sasar," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini. – katanya.

Menurut majalah perniagaan Forbes, Malaysia, sebagai pengeksport minyak dan gas, telah mendapat keuntungan daripada harga minyak dunia yang semakin tinggi, namun kenaikan kos petrol dan diesel di dalam negara serta kewangan kerajaan yang semakin lemah memaksa kerajaan mula mengurangkan subsidi kerajaan. Ikutnya [di sini].

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 RM2.10 seliter dan harga RON97 di seluruh negara naik 15 sen seliter kepada RM2.85 seliter berbanding RM2.70 seliter berkuatkuasa tengah malam ini.

Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayan Utara menaikkan caj perkhidmatan kenderaan perdagangan sebanyak lima peratus berkuatkuasa hari. Berita lanjut [di sini].

Antara beberapa alasan yang popular diberikan setiap kali barang naik..
1.ringgit lemah berbanding euro/yen/etc
2.kenaikan harga minyak/gas dunia
3.kekurangan bekalan
4.kenaikan harga bahan mentah
5.kemerosotan permintaan

Apabila minyak naik!
1.Harga Barangan akan naik
2.Gas memasak pun akan naik juga
3.Tambang pengangkutan ikut naik
4.Harga rumah akan naik
5.Harga orang pun naik RM5k buat yang tak pas SPM, RM15k yang ada Diploma.   
6.Tarif Letrik akan naik jugak, tak untung katanya

Apa yang tak naik?
Konek pun dah malas nak naik!



Untuk menjimatkan kos, rakyat perlulah berhemah buat perbelanjaan katanya...
Ini salah satu cara nak jimatkan kos!
@Komen abadi;
Katanya BR1M untuk golongan sasar yang pendapatan isirumah di bawah RM3k. Jika tinggal diluar bandar mungkin mencukupi untuk sara hidup.

Cuba bayangkan nilai RM3k itu di kawasan Bandaraya seperti di Johore Bahru, Penang dan Kuala Lumpur? Itu yang layak. Yang tak layak Apa cer..
 
1.Minyak RM30 sehari, siap mengadap jem lagi hari-hari
2.Tol kena bayar
3.Parking RM3 untuk sejam, Silap parking, saman mari

Warga Bosnia dakwa sperma dicuri wanita tempatan


            
Seorang warganegara Bosnia yang berstatus penduduk tetap negara ini memfailkan saman RM600,000 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa teman wanitanya mencuri spermanya walaupun tidak berminat berkahwin.

Ervin Ahbabovic (kanan), seorang pengarah daripada Taman Danau Desa, menamakan wanita tersebut, 29, sebagai defendan. Ahbabovic, 41, mendakwa beliau dan wanita tersebut mempunyai hubungan dengannya pada tahan 2008.

Dakwanya lagi, bekas pasangannya itu lebih berminat dengannya untuk memenuhi kehendak seksual sedangkan dia mahu berkahwin dan memulakan keluarga. Mereka mempunyai seorang anak pada 2010.

Ahbabovic mendakwa wanita itu menghalaunya pada tahun lalu. Ekoran itu, dia menuntut RM600,000 untuk penggunaan spermanya untuk mendapatkan anak dan pengisytiharan bahawa dia merupakan bapa yang sah kepada anak itu.

Rupanya dia ada 20 kej jenayah?

Sementara itu, menurut sumber, lelaki yang memiliki taraf penduduk tetap (PR) itu dipercayai mempunyai lebih 20 laporan polis berhubung jenayah keganasan rumah tangga selain pernah dipenjara atas kesalahan berkenaan.

Terdapat beberapa mangsa yang juga wanita tempatan yang sudah membuat laporan polis selepas mereka mendakwa menjadi mangsa keganasan lelaki itu. Berita lanjut [di sini].

 @Perasan bagus pulak si penyangak ni...


Wednesday, September 4, 2013

Isteri Kena Cekup Di ‘Malam Pertama’




Ini lagi satu kes tah apa-apa, Kahwin dengan orang lain, tapi ‘malam pertama’ dengan orang lain! Kan pening tu!. Bukan bebudak lagi, umur dah separuh abad dah. Patut tahu akan hukum-hakam. Kuasa talak di tangan suami, jika si suami mentalaki isterinya, maka haram bagi suami berjimak dengan ‘bakas’ isterinya itu, dah kira berzina dah, kecuali jika dirujuki semula.

Dulu ada cadangan nak hapuskan Sekolah Agama Rakyat, kelas agama untuk pelajari fardhu ain, dikatakan sarang pengganas pula. Asas agama dibuat main-main. Sibuk siang malam, ceramah agama pun tak sempat nak ikut, inilah natijahnya. Moga dijauhkan dari kaum keluarga kita.


Wanita ditangkap bersama bekas suami

BATU PAHAT – Memang pelik dan mengejutkan. Seorang wanita baru berkahwin sanggup memilih ‘bekas’ suaminya dan bukan suami yang baru dinikahi untuk melayari ‘malam pertama’. Bekas suami wanita berusia 55 tahun itu mengaku, mereka berpisah sejak Januari lalu, tetapi masih bermalam di rumah sama, malah perbuatan mereka mendapat restu suami baru bekas isteri.

Sinar Harian difahamkan, wanita itu melangsungkan pernikahan dengan suami barunya pagi kelmarin, sebelum memilih untuk pulang ke rumah bekas suaminya dan bermalam di situ pada hari sama. Bagaimanapun, perkara terbabit terbongkar apabila Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) daerah Batu Pahat menjalankan serbuan di rumah lelaki itu di Sungai Suloh di sini, jam 3 pagi.

Timbalan Penguatkuasa Jaij Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pihaknya melakukan serbuan selepas menerima maklumat awam dan membuat risikan beberapa minggu sebelum itu. Menurutnya, wanita terbabit telah bercerai dengan suami lamanya sejak Januari lalu dan mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan itu, tetapi masih berhubung.

“Pada pagi hari berkenaan, wanita terbabit mendakwa telah bernikah dengan lelaki lain dan ketika serbuan dilakukan, wanita itu berada dalam keadaan berkurung di rumah milik bekas suaminya itu. Wanita terbabit mendakwa hanya datang pada malam itu kerana ingin mengemas barangnya untuk dibawa pulang,” katanya.

Saiful berkata, alasan itu tidak dapat diterima kerana aduan dan risikan telah lama dijalankan sebelum serbuan. Katanya, sebarang alasan diberikan wanita itu, dia tetap melakukan kesalahan kerana berkurung berdua-duaan di dalam sebuah rumah. Dia sepatutnya sedar kesalahan dilakukan, lebih menghairankan suami baru dinikahi seolah-olah merestui perbuatan terbabit yang sememangnya menyalahi hukum agama.

Kedua-duanya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

“Mereka akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan dilakukan selesai,” katanya.