Monday, December 30, 2013

Dara Untuk DiLelong! | Virgin For Sale!



CATARINA


Rio de Janeiro: Catarina Migliorini, pelajar kolej berusia 23 tahun di Brazil yang menjadi tumpuan dunia kerana melelong daranya, kini mengiklankan lagi untuk melelong daranya itu.

Pada masa sama, wanita itu juga menimbang untuk menerima lamaran seorang jutawan Arab. Pada 2012, seorang jutawan Jepun menawar Catarina AS$780,000 (RM2.6 juta) untuk membeli daranya menerusi lelongan secara online. Bagaimanapun, urusan jual beli itu gagal dan dia sekali lagi melelong daranya menerusi laman web VirginsWanted2.com.

Tawaran itu dilanjutkan dari 12 Disember hingga 12 Februari. Catarina juga berkata, dia menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. Tanpa mendedahkan identiti lelaki itu, Catarina memberitahu mereka saling berbual menerusi Skype dan menyifatkan lelaki berkenaan sebagai ‘penganut Islam progresif.’ “Saya mengambil keputusan untuk meneruskan tawaran itu. Pada masa sama, saya menerima lamaran daripada seorang jutawan Arab. dan kini menimbangnya kerana ia membabitkan perkahwinan.

“Memandangkan musim panas menjelang dan sudah tentu banyak parti diadakan, saya mengambil keputusan untuk melanjutkan lelongan itu bagi sambil menimbang tawaran itu. “Jutawan Arab itu kelihatan begitu romantik dan menguasai 11 bahasa. Dia berumur antara 35 dan 40 tahun, kacak dan pintar. “Dia tinggal di rumah agam. Saya melihatnya menerusi skype,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Catarina, lelaki itu tidak bersetuju dengan tindakannya melelong daranya sehingga sanggup menawarkan AS$1.5 juta (RM4.9juta) kepadanya supaya menghentikan lelongan itu, berkahwin dengannya dan berpindah ke negara asalnya.

“Dia tidak suka dengan tindakan saya. Dia anggap tidak sesuai kerana saya cantik, muda, berbakat dan cerdik.

“Dia mahu mengahwini saya dan mencadangkan kami bertemu di Malta supaya dapat berkenalan lebih rapat.

“Malta negara berkecuali dan saya boleh membawa keluarga saya. Semuanya dia akan tanggung.

“Saya suka berbual dengannya kerana dia penyayang, romantik dan pintar. Tetapi saya tidak mahu berkahwin kerana ia membabitkan wang yang banyak. “ Ia membabitkan perasaan cinta dan saya tidak mahu terikat,” katanya. - AFP

Jika ada ayang ingin membuat tawaran, lihat dulu foto SlideShow yang dipetik dari Lebai Google apa keistimewaan yang beliau ada. Ingatan dari aku, Hubungan perakahwinan itu lebih mulia dan afdal dari menghampiri zina!




Sunday, December 29, 2013

Rumah ALLAH di Robohkan, Filipina Ditimpa Bencana Taufan Haiyan




Bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini, Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang terkukur selepas dibedal Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.


Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.


Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah dicatatkan.


Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo.


Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.


Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.

Lihat Video ini pula;




Dipetikdari:laksamanabukitbintang.blogspot.com


Malangnya Nama Tun Razak Pula Dikait





Tak fasal-fasal nama Tun Abdul Razak, Perdana Menteri ke-2 Malaysia dikaitkan dengan pembelian hartanah mewah di New York. Mengikut cerita media Amerika dan media atas talian Malaysia, Riza Shahriz ini adalah anak isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor dengan suami pertamanya yang dikenali sebagai Abdul Aziz bin Nong Chik.

Selain Riza Shahriz menjadi penerbit filem Hollywood yang sedang meningkat naik, dia juga menjadi bahan berita di Amerika kerana dikatakan telah membeli sebuah apartmen berharga AS$33.5 juta (kira-kira RM110 juta) di Central Park, New York.

Inilah ayang dikatakan Anak Mak. Mengikut teladan yang baik bagaimana cara untuk berjimat dengan menabung sejak dari kecil untuk buat beli sebentuk cincin 3.48 Carat blue-grey diamond berharga USD24.4 juta (RM 73 juta) tanpa membayar  cukai.

Berdasarkan standard pemerhatian negara-negara lain, hidup melebihi kemampuan. Malangnya rakyat Malaysia masih terkial-kial, menggaru kepala yang tak gatal bagaimana untuk menghadapi tahun 2014. Juga dikenali Tahun BN (Barang Naik)

Laman pembocor maklumat Serawak Report semalam melaporkan, anak lelaki isteri perdana menteri Rosmah Mansor daripada perkahwinan terdahulu yang berusia 36 tahun membeli seunit kondominium berharga AS$33.5 juta (RM110 juta) di New York.


Jet Li Hidap Penyakit Tiroid



Jet Li Memegag Watak Wong Fei Hung

HONG KONG - Bintang filem aksi Hollywood, Jet Li mengaku dia kini menjalani rawatan penyakit tiroid, lapor portal berita hiburan, Hollywood Reporter semalam.

Bagaimanapun, Li yang berusia 50 tahun berkata, dia kini mengambil ubat-ubatan sebagai cara untuk pulih daripada penyakit itu.

"Saya kini menghidap hipertiroidisme. Kadangkala saya kehilangan berat badan sebanyak 15 kilogram (kg). Namun, ada ketikanya, berat badan saya naik sebanyak 15kg. Ketika ini, saya kelihatan gemuk.

"Saya tidak berpeluang untuk menurunkan berat badan kerana rawatan perubatan yang saya jalani itu melibatkan kawalan denyutan jantung. Justeru, saya tidak boleh melakukan senaman.

"Saya akan menunggu sehingga doktor menyatakan, saya boleh melakukan senaman ringan sebelum saya bertindak menurunkan berat badan," kata Li.

Dia telah disahkan menghidap tiroid aktif pada tahun 2010 dan hanya mengambil ubat-ubatan untuk mengawalnya. Namun, penyakitnya itu menjadi semakin serius sejak kebelakangan ini.

  
Penyakit yang dialami Li itu menyebabkan dia mengalami peningkatan kadar metabolisme asas, gangguan sistem saraf autonomi, perasaan gelisah, kadar denyutan jantung meningkat, pengambilan air yang berlebihan dan berlaku penurunan berat badan walaupun selera makan meningkat.

"Saya hanya manusia biasa seperti orang lain. "Saya bukan Wong Fei Hung (watak dalam sebuah filem yang dilakonkannya)," kata Li.

Dia pernah menjadi juara seni mempertahankan diri kungfu. Li mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sekitar tahun 1980-an. Dia menjadi terkenal apabila membintangi filem Once Upon a Time in China pada tahun 1990-an. Antara filem Hollywood yang pernah dilakonkannya ialah Lethal Weapon 4 dan Romeo Must Die.

"Saya dalam kesakitan, tetapi saya masih lagi belum menderita," katanya. - Agensi.


Lihat aksi seni China Vs seni Jepun dalam Fist of Lagent.