Sunday, April 21, 2013

Betul Ke BN Boleh Bawa Malaysia Berada Di Puncak? - Che Det


source

Kah..kah..kah
Jangan disanggah apa orang tua ni cakap... nanti merajuk payah!
Malaysia memang dah berada di puncak... dah lama dah sebenarnya...
Pinjam kata2 Tun Dr. Mahathir bin Mohamed... Melayu Mudah Lupa!


Malaysia Negara Paling Rasuah Di Dunia 



Dahulu kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebelum diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi di mana dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Adakah bertambah baik? Malangnya orang luar atau agensi luar dilihat lebih berminat & prihatin untuk mengukur dan mengawasi tahap rasuah di negara kita Malaysia.

Dan kami rakyat Malaysia tidak mahu negara yang bernama Malaysia popular dengan berita-berita yang sebegini rupa. Walaubagaimanapun kami sama sekali tidak terkejut dengan laporan berita  The Wall Street Journal ini berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Badan Pemantau Rasuah, Transparency International (TI).

 Sumber Laporan Berita + Video : http://www.abc.net.au



Jikalau tidak masakan, berbangkitnya skandal-skandal komisen bernilai RM11.4 juta yang diterima “individu yang ada hubungan rapat peringkat tertinggi dengan pihak kerajaan” daripada syarikat membekal bahan polimer untuk mencetak wang kertas, Securency International dan Note Printing Australia serta merupakan broker bagi program senjata nuklear Pakistan.

Skandal ini hangat di Australia apabila dua anak syarikat Reserve Bank Australia itu didakwa merasuah pegawai tinggi kerajaan selaku orang tengah bagi mendapat kontrak mencetak dan membekalkan mata wang negara antara 1990 hingga 2005.

Skandal ini turut menggemparkan masyarakat antarabangsa apabila syarikat Australia tersebut dikatakan turut merasuah Timbalan Gabenor Bank Pusat di sebuah negara Asia dengan menawarkan khidmat pelacur Asia. Antara nama negara yang disebut termasuk Malaysia, Nigeria dan Vietnam.

Jikalau sebelum ini, kami pernah mengeluarkan laporan berita yang bertajuk Malaysia Mencatatkan Aliran Wang Haram Sejumlah RM1.052 Trillion (US$338 Bilion)! (KLIK SINI). Satu angka dan bebanan yang cukup besar kepada negara. Sedang akhbar utama di India contohnya menyamakan  ia dengan satu kejadikan rompakan besar-besaran kepada negara mengenai kes aliran wang haram haram ini (illicit fund) di sana….

Malangnya media arus perdana dilihat tidak begitu berminat untuk berkongsi laporan berita ini di media mereka. Mereka dilihat lebih suka menyiarkan iklan animasi dan iklan komersial yang mengatakan Malaysia akan memerangi rasuah.

Sebenarnya tidak perlu mengeluarkan belanja untuk iklan sebegitu rupa. Persepsi rasuah & usaha untuk meyakinkan kalangan rakyat Malaysia di mana kerajaan “benar-benar” dilihat lebih berkesan jika janji yang dilontarkan disusuli dengan tindakan yang dilihat ada integriti, bukan setakat mencanang di seluruh pelusuk Malaysia semata.

Terbaru, badan pemantau rasuah, Transparency International (TI)  meletakkan Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012 berdasarkan laporan The Wall Street Journal. Ini kerana……

-50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah.

-Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.
Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada
yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah.


No comments:

Post a Comment