Friday, April 19, 2013

Terbaek! Manifesto PR Selangor Boleh Pancung Aku Janji BeeEnd


Sabar jelah MB, Biarlah orang nak kata gagap ke haper..
Janji Bini dan Rakyat kasih.. macam TGNA

        
Syok nya jadi rakyat Selangor...

-Naik bas free,
-Nak kawin dapat RM500
-Hadiah hari jadi pun ada..
-Boleh pegang saham air lagi..

Dulu tahun 2008, Selangor bagi air percuma 20m3, banyak pula mulut yang tempelak kata Selangor akan jatuh ‘bankrup C’ dalam masa setahun...
Tup... tup!.. Sekarang dah 5 tahun berlalu... tak pula bangkrup pon.

Alih-alih BN pon nak bagi air percuma, juga 20m3 dalam janji  terbarunya. Tak abis-abis nak meniru... (kata tiru tau pula marah) kalau ya pon, bagi lah lain sikit nombornya... 2.5m3 ke, 30m3 ke... barulah nampak cerdik sikit!

Esok jangan pula buat demo kata MB tak bagi RM50 pada tadika... hari2 keluar TV3 pegang sepanduk bagai... Cuba perhatikan syarat2 nya. Syarat untuk dapatkan bantuan RM50 pada murid tadika, Gaji ibubapa kurang dari RM1,500! Ulang sekali lagi... kurang dari RM1,500.. yang mak bapak bergaji RM5,000 tu pegi berdemo buat apa? Kan dah nampak kebangangannya tu... he3.. 


PR Selangor tawarkan biasiswa MB dalam manifesto          

SHAH ALAM: Setelah berjaya memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyatnya negeri ini penggal lalu, Pakatan Selangor akan meningkatkan lagi khidmat itu dengan menawar Biasiswa Menteri Besar.

Biasiswa ini akan diberikan kepada pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu program pengistiharan calon PRU13 dan pelancaran manifesto Pakatan Rakyat Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam malam tadi.

Manifesto itu turut menjanjikan penyediaan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk perkhidmatan bas di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang bagi kemudahan seluruh warga Selangor apabila dipilih untuk terus memerintah selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kita mendapat mandat yang diberi rakyat pada tahun 2008, kejayaan dalam tempoh lima tahun pertama itu adalah suatu permulaan sahaja.

"Manifesto yang dipersembahkan ini merupakan ikrar Pakatan Rakyat untuk menempa kejayaan bersama seterusnya lantas menjadikan Selangor sebagai negeri pilihan utama untuk didiami, bekerja, melabur dan membina keluarga," ucap beliau.

Ucapnya lagi, Pakatan Rakyat Selangor berjaya mencatatkan rizab negeri tertinggi dalam tempoh 28 tahun pada akhir tahun 2012, melebihi RM2.62 bilon berbanding RM1.2 bilion pada Disember 2007.

Malah dalam tempoh tersebut, Selangor berjaya menarik pelaburan menjangkau RM50 bilion dengan memberi lebih 123,000 peluang pekerjaan.

Khalid ketika melancar manifesto Pakatan Rakyat menjelaskan sejajar dengan kejayaan di Selangor dan selari dengan falsafah dan tradisi Pakatan Rakyat bahawa ekonomi adalah milik rakyat.

Pakatan Rakyat Selangor menawarkan perkara-perkara berikut dalam pilihan raya ini:

1. Air Bersih - Hak Asasi Rakyat
- Melindungi hak rakyat Selangor untuk mendapatkan air bersih pada harga yang berpatutan menerusi penstrukturan semula industri air.
- Membuka peluang kepada rakyat Selangor memiliki saham air Selangor.

2. Perumahan - Tempat kediaman untuk semua
- Memperuntukkan RM100 juta kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Kerajaan Negeri yang bertujuan merangka dasar perumahan secara menyeluruh khususnya bagi menyediakan rumah mampu milik.
- Menambah perumahan mampu sewa di bandar-bandar raya dan bandar-bandar bagi keluarga yang tidak mampu memiliki rumah persendirian.
- Membina Rumah Mampu Milik dengan keluasan minumum 800 kaki persegi berharga di bawahRM150,000 seunit.
- Mewujudkan Skim Perumahan Rakyat bagi pembeli yang menghadapi kesukaran mendapat pinjaman dari intitusi kewangan.

3. Keusahawanan dan inovasi - Semua Rakyat Selangor Mendapat Peluang.
- Menubuhkan Perbadanan Keusahawanan Negeri Selangor bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam pendidikan dan latihan keusahawanan.
-Mewujudkan dana khas bagi melaksanakan program pembelajaran sepanjang hayat kearah usaha meningkatkan kelayakan akedemik.
-Membina kiosk dan gerai bagi peniaga kecil sebagai usaha menggalak dan mendidik penguasa pendirian membuang tabiat menyewa.

4. Pengangkutan Awam bagi Lembah Klang.
- Memastikan perlaksanaan pembinaan projek Jambatan Ketiga Klang yang bernilai RM300 juta.
- Membina Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Shah Alam.
- Menyediakan pengangkutan awam percuma dan mesra pengguna, termasuk perkhidmatan bas di Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan Kajang.
- Menyediakan lorong berbasikal bagi kawasan perumahan baru di lokasi terpilih.

5. Pemilikan Tanah
- Meningkatkan kecekapan memproses urusan pemilikan tanah dan meneruskan tawaran bagi Pemilikan Geran Tanah Persendirian kepada pemohon yang layak.
-Meneruskan kerja Badan Bertindak Tanah Orang Asal Selangor (BBTOAS) untuk melindungi tanah adat Orang Asal.

6. Perbangunan Pertanian
- Memajukan tanah pertaniah secara bersepadu.
- Mengandakan pendapat petani, penternak dan nelayan dengan cara mempertingkat dan memodenkan industri-industri pertania, penternakan dan perikanan.

7. Hub Halal
- Menubuhkan sebuah 'Hab Halal' di peringkat negeri, termasuk mengeluarkan Pensijilan Halal Negeri Selangor.

8. Perlindungan Alam Sekitar
- Memperketatkan undang-undang berkaitan dengan pembangunan di lereng bukit.
- Mempromosi teknologi hijau di semua peringkat awam.
- Mempertingkatkan kesedaran orang awam terhadap perlindungan alam sekitar.
- Usaha tanam semula dan membersih sungai-sungai tertentu.

Manakala di bawah Program Kesejahteraan Rakyat, Khalid memberitahu Pakatan Rakyat berusaha dengan gigih untuk meneruskan aset-aset negeri sebagaimana yang diamanahkan bagi kebajikan golongan rakyat yang memerlukan pembelaan dan bantuan.

1. Pemberdayaan Wanita
- Memperuntukkan RM50juta untuk Tabung Pemberdayaan Wanita Selangor dengan tujuan menyediakan prasarana baik bagi meningkatkan mutu kehidupan wanita.
- Pemeriksaan percuma kanser payu dara dan rahim bagi wanita di samping meneruskan pemeriksaan mammogram percuma yang disediakan sebelum ini.
- Meluaskan dan melebarkan Skim Mikrokredit yang sedia ada (Skimsel dan Mimbar).
- Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh lima tahun.

2. Keselamatan
- Mengusahakan dan memperluaskan "Polis Komuniti" yang dibiayai kerajaan negeri.
- Menambah jumlah pegawai penguatkuasaan di majlis tempatan bagi melakukan rondaan di kawasan kejiranan.
- Menambah lampu dan CCTV di kawasan majlis tempatan.

3. Penjagaan Kesihatan
- Pemeriksaan percuma kanser testis dan prostat bagi lelaki.
- Menubuhkan Tabung Dialisis Rakyat Selangor bernilai RM10 juta bagi bangunan dan subsidi rawatan.

4. Orang Kelainan Upaya
- Memastikan supaya semua kemudahan awam dan tempat ibadat adalah mesra pengguna bagi oranh kelainan upaya.
- Menyediakan dan melaksanakan Skim Khas bagi memperkasa golongan kelainan upaya.

5. Bantuan Pendidikan
- Anak yang ibu bapanya berpendapat sehingga RM3,000 kini layak untuk mendapat RM1,000 Hadiah Masuk Universiti.


Agama dan kebudayaan

Sementara itu di bawah program persaudaraan rakyat menerusi aktiviti keagamaan dan kebudayaan, Pakatan Rakyat memperuntukan dana negeri bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kebudayaan semua kaum.

1. Agama
- Meluluskan pembinaan Kompleks Islam Bersepadu meliputi sebuah masjid, pusat pendidikan dan pusat komuniti.
- Menyediakan kawasan tanah bagi semua rumah ibadat, perkuburan dan rumah pembakaran mayat.

2. Pendidikan
- Melancarkan biasiswa Menteri Besar bagi pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor (Selangor Brain Bank).
- Menambah jumlah Ma'ahad Integrasi Thafiz Sains dan menubuhkan sebuah KAFA Menengah di samping menaik taraf kemudahan sedia ada.
- Menambah elaun bagi memastikan warga kerja sekolah agama mendapat gaji minimum RM1,500 sebulan di samping memperbanyakkan aktiviti pengajaran yang setimpal dengan gaji.
- Menyediakan kawasan tanah bagi pembinaan bangunan sekolah agama rakyat, SJK(C), SJK(T) di samping menaik taraf infrastruktur yang sedia ada.
- Menyediakan bantuan tambahan sebanyak RM2 juta setahun kepada sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Jenis Kebangsaan.

3. Pembangunan Keluarga
- Memberi wang tunai RM500 kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan kali pertama.
- Memastikan agar semua bangunan kerajaan menyediakan kemudahan nurseri dan tadika dalam tempoh 5 tahun.
- Meneruskan program Skim Mesra Usia Emas, memberi wang hadiah harijadi bernilai RM100 pada hari lahir yang ke-60.

4. Pembangunan Kebudayaan.
- Membina 3 Pusat Kebudayaan di tebing Sungai Klang bagi komuniti Melayu, India dan Cina di Klang dengan dibiayai kerajaan negeri dan swasta.

Bagi di bawah Program kerajaan rakyat, Pakatan Rakyat akan melaksanakan dasar menurunkan kuasa secara berperingkat menerusi pelaksanaan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan dan mempertingkatkan peranan mesyuarat kerajaan negeri melalui pelbagai cara termasuk Pindaan Akta Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor.

Dalam pada itu, Selangor akan menjadi negeri pertama di Malaysia meluluskan Pindaan Kebebasan Maklumat yang membolehkan orang ramai mencapai maklumat berkaitan kerajaan negeri.

Khalid yang berucap di hadapan lebih 15 ribu orang itu berharap manifesto yang diperkemaskan serta dipertingkatkan dari manifesto terdahulu dapat memberi yang terbaik untuk rakyat.


No comments:

Post a Comment