Thursday, April 25, 2013

Budak muda sekarang belajar tinggi, sepatutnya lebih pandai... keluarlah mengundi kerana itu kerja kita - Pah Bedah



Pah Bedah Penyokong setia BN

Pah Bedah ni lurus orangnya...
Pah Bedah tengok TV3, baca Utusan saja...yang keluaq semua baguih belaka
Pah Bedah tak pandai nak bertenet... Kat tenet macam-macam ada..
Kalau Pah Bedah dah tau rahsianya... 
Mesti Pah Bedah kata.. Oooo lagu tu ka!


Orang Muda Dinasihat Keluar Mengundi



GEORGE TOWN - Seorang nenek berusia 100 tahun menasihatkan generasi muda yang layak mengundi supaya tidak mensia-siakan peluang untuk memilih pemimpin negara dengan keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian pada 5 Mei ini.

"Budak muda sekarang belajar tinggi, sepatutnya lebih pandai... keluarlah mengundi kerana itu kerja kita, pilih siapa yang boleh jaga kita," kata Bedah Daud yang mesra dipanggil Tok Bedah di sini semalam.

Bedah yang dilahirkan pada 12 April 1913, berkata, sejak pilihan raya pertama negara pada tahun 1959, beliau tidak pernah terlepas daripada mengundi.

"Kami dulu bangun awal pagi, kayuh basikal ajak orang keluar mengundi. Lepas itu kami pakat masak nasi kawah dan makan ramai-ramai selepas mengundi," katanya yang ditemui pada program ramah mesra bersama calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Uban.

Anak jati Kampung Batu Uban itu juga menyifatkan dirinya bertuah kerana dapat menyaksikan perubahan negara sejak sebelum merdeka sehingga sekarang.

Mengakui dirinya penyokong BN sejak dahulu, Bedah berkata, beliau tidak sabar menunggu hari pengundian ke-13 baginya.

"Sejak guna lambang kapal layar hingga la ni (sekarang) guna lambang dacing, tok suka Barisan " katanya.



Pilih saja yang mana suka...







@Pilihan ditangan ANDA!



No comments:

Post a Comment