Tuesday, April 30, 2013

PRU13: Ceramah Dengan Siaran Video Lucah DiKhalayak Dah Jadi Perkara Biasa?



Sungguh tak beretika apabila video seks sudah menjadi bahan kempen dalam PRU13, apatah lagi menayangkan kepada umum malah terdapat juga kanak2. Apakah ini sudah menjadi budaya baru kepada mereka yang berkempen cara agresif sebegitu rupa. 

Inikah hasilnya didikan dari pemimpin yang terdahulu yang megah dengan konsep Islam Hadharinya, malah dikatakan menjadi contoh kepada negara2 Islam yang lain? Dimana penghayatannya atau hanya sekadar menjadi slogan saja.

Rakyat mengharapkan berpolitik cara berhemah dan matang. Kemukakanlah hujah yang boleh membawa kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat. Bukan saling tuduh menuduh dan membuka aib orang lain. Sikap tidak berakhlak ini kah yang patut diangkat jadi pemimpin?.

Malaysia kini berusaha untuk menuju kearah negara yang lebih maju seperti yang dipetik dari kata-kata pemimpin kononnya. Ketahuilah rakyat Malaysia tidaklah sebodoh yang disangka, kecerdikan mereka akan diterjemahkan pada kertas undi pada 5 Mei nanti. 

Apakah respon dari pihak polis atas perkara ini..? Pihak berkenaan yang sepatutnya dikenakan tindakan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menayang video lucah.



Video Seks di Ceramah Kempen PRU13. Bahan Kempen Terbaru Untuk Tatapan Rakyat Malaysia!


 Pandangan Dr. Asri Tentang Politik Lucah..


 

No comments:

Post a Comment