Monday, April 15, 2013

Bekas Menteri Besar Selangor Muhammad Muhammad Taib Sertai Parti PAS




Apabila Orang Kuat UMNO beralih angin...
Meninggalkan kapal yang hampir tenggelam.
Kenapa mutakhir ini makin ramai yang meninggalkan parti yang katanya perjuangkan nasib orang Melayu, tanah Melayu dan Raja2 Melayu?
Tentu Mahathir tahu jawapannya...

Bekas naib presiden Umno Muhammad Muhammad Taib memutuskan menyertai PAS.

Bagaimanapun, beliau hanya akan diperkenalkan secara rasmi oleh parti Islam itu pada Isnin depan, dua hari selepas penamaan calon.

Ia bagi mengelakkan dakwaan beliau mengambil langkah itu demi dicalonkan dalam pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei ini.

Difahamkan Muhammad menyerahkan borang permohonannya kepada Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.

Anggota jawatankuasa Pusat PAS Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi hari ini mengesahkan keanggotaann Muhammad tetapi enggan memberitahu di mana pengumuman itu akan dibuat.

Kamaruddin, bekas setiausaha agung PAS mengesahkan perkara itu ketika ditanya berhubung spekulasi bekas menteri besar itu akan bertukar parti.

No comments:

Post a Comment