Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Saturday, August 10, 2013

Keputusan Penoh: FC Barcelona Vs Harimau Malaya




Keputusan pertembungan antara Pasukan Harimau Malaya dengan satu pasukan terbaik dunia Barca, ramai yang menyangka akan diperkotak katikkan oleh pasukan bintang itu, setelah mereka meratah Santos FC, 8-0 dan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1. Pengulas mengatakan jika Malaysia tewas dengan 5-0 sudah dianggap terbaik. Disokong dengan Disepanjang perlawanan jurugambar berpusu-pusu dibelakang pintu gol pasukan harimau, untuk merakamkan pesta kenduri gol.

Apapun syabas pada pasukan Malaya yang berjaya mengekang pasukan berstatus bintang itu yang hanya berjaya membuat 14 percubaan ke pintu gol Harimau Malaya berbanding hanya 4 percubaan yang sempat diperolehi oleh team Harimau Malaya.

Namun pada minit ke-32, 42 dan 75 pintu gol Harimau bolos juga. Begitu payah utk mengekang Febregas, Neymar dan juga Gerald Pique. Namun satu-satunya gol kebanggaan diperolehi Harimau team melalui Amri Yahyah pada minit ke-40. Keputusan penoh; 3 untuk Barca dan 1 untuk Harimau Malaya.

Syabas pada pasukan Harimau Malaya yang menunjukkan komitmen dan disiplin yang baik dalam perlawanan itu. Dan syabas juga buat K. Rajagobal yang terkenal dengan membuat pelbagai eksperiment tiap kali pasukannya tewas dan berjaya pertahankan kerusi panas selaku head coach yang nyaris-nyaris ditunjukkan pintu keluar buat masa ini.

Skuad Harimau Malaya Bertemu Barcelona Undang Mimpi Indah atau Mimpi Ngeri?


PERSOALAN sama ada ‘mimpi indah’ bertemu Barcelona bakal bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ hanya boleh dijawab sendiri skuad Harimau Malaya malam ini.

Apa tidaknya, skuad The Catalan seakan-akan sudah melaungkan amaran betapa mereka tidak akan memberi belas ihsan kepada Harimau Malaya selepas membelasah kelab Brazil, Santos dengan kemenangan bergaya 8-0 baru-baru ini.

Kelmarin, skuad kendalian Gerard Martino juga bermaharajalela di Stadium Rajamangala, Bangkok apabila ‘mengerjakan’ skuad Bawah 23 tahun Thailand 7-1 hasil jaringan hatrik Pedro Rodriguez, Lionel Messi (dua gol) manakala Neymar dan Alexis Sanchez masing-masing menyumbat satu gol.

Kemenangan besar Barcelona dalam kedua-dua perlawanan itu jelas memberikan isyarat awal kepada skuad kendalian Datuk K. Rajagobal yang seolah-olah dilihat menunggu masa untuk menjadi mangsa seterusnya.

Bintang The Catalan janji saji rentak menghiburkan AKSI terbaik dan menghiburkan demi peminat Barcelona di Malaysia!

Itu janji barisan bintang The Catalan menjelang aksi persahabatan menentang Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Apa kata pemain Bintang The Catalan?

“Peluang beraksi lebih dekat dengan penyokong Barcelona di negara ini sememangnya mengujakan. Malaysia sebuah negara yang mempersonakan. Tidak mustahil saya akan menamatkan karier saya di sini. Namun, saya baru berusia 26 tahun dan belum terfikir untuk bersara," - Cesc Fabregas.

"Pencapaian kami musim lalu sudah cukup hebat, jika kami berjaya mengulanginya musim ini, sudah tentu ia sesuatu yang cukup sensasi," - Lionel Messi.

"Perasaan dikelilingi peminat Barcelona dari seluruh dunia sememangnya indah. Sejujurnya, saya tidak sabar bergandingan dengan pemain terbaik di dunia seperti Messi, Xavi, Andres Iniesta dan juga Fabregas," - Neymar.

Apa pula kata pemain Skuad Harimau?

“Saya tidak peduli keputusan perlawanan Barcelona dalam dua perlawanan sebelum ini. Apa yang saya tahu, saya mahu membalas kepercayaan jurulatih (Datuk K. Rajagobal) selepas tidak diturunkan ketika berdepan Chelsea sebelum ini,” – Wan Zack Haikal.

“Saya akan memberikan yang terbaik biarpun sudah tentu ia perlawanan yang paling sukar dalam karier saya,” - Aidil Zakuan Razak.

“Jika berjaya menjaringkan gol ia dianggap bonus, namun saya tidak akan melupakan tanggungjawab saya merantai pergerakan penyerang lawan habis-habisan,” - Muhamad Fadhli Shas.

@apapun dalam permainan ada tipu helahnya, kita lihat pula siapa yang pandai bermain silap mata!. Walaupun dikatakan umpama langit dan bumi, Selagi pemain menunjukkan kesungguhan, semangat berpasukan tinggi dan bermain mengikut perencanaan, walaupun tewas 100 berbalas 0, tidak ada apa yang harus dimalukan! Ayuh Harimau... jangan ada perkataan ‘menyerah kalah’ dalam kamus anda dan jangan memalukan BELANG itu sendiri!


Sunday, July 21, 2013

Merempit Sampai Mati



Fahmi, Kebanggaan Malaysia

Nyawa bagai tiada nilai, malah boleh dikatakan berani tak bertempat, malah menyusahkan pengguna jalanraya yang lain pula. Adakala bersikap samseng sewenang memukul, memecahkan kereta orang cara berkumpulan sesuka hati. Itulah Mat Rempit namanya, satu masalah Nasional yang hanya terdapat di Malaysia.
Rempit sampai mati
Amat malang, jiwa anak muda yang pantang dicabar, mati sia-sia mengejar seratus dua atau anak ABU. Jika diasuh dengan betul mungkin Malaysia boleh berbangga sebagai pelapis kepada Syahrul Yuzi, Mohd Wazi atau Zulfahmi yang sudah terkenal itu.

 @anak ABU = anak bawah umur yang bermasalah. suka melepak, perabih duit mak bapak, isap dadah, minum arak, seks ramai-ramai. Anak orang kaya pun ada jadi cam gini...

Monday, July 8, 2013

Ronaldo TUTUP BUKU ke United


RONALDO melayani pihak media ketika menghadiri
satu majlis gala di Monaco.


LONDON - Cristiano Ronaldo cuba menamatkan spekulasi yang mengaitkan kepulangannya ke Manchester United dengan menjelaskan masa depannya kini adalah bersama kelab Real Madrid.

Bintang Portugal itu telah mengakui secara terbuka keinginannya untuk kembali semula ke United, kelab yang pernah menjualnya kepada Real dengan harga £80 juta (RM379.9 juta) pada 2009, namun cuba membawanya semula ke England pada musim panas ini.

Begitupun, Ronaldo berkata: "Manchester United adalah sebuah kelab yang telah lama berada di hati saya sekian lama. Semua orang tahu tentang keghairahan saya dengan kelab ini.

"Tetapi masa depan saya ialah bersama Real Madrid. Di Madrid, kami perlu melakukan apa yang terdaya untuk memenangi gelaran Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara. Saya juga berharap untuk beraksi di Piala Dunia bersama Portugal."

Real ketika ini berusaha keras untuk memastikan penyerang berusia 28 tahun itu menyambung kontrak baharu, namun United berharap hubungan istimewanya dengan bekas pengurus, Alex Ferguson yang kini menjadi pengarah kelab tersebut, mampu memujuknya kembali semula ke tempat asalnya.

Bagaimanapun, Ronaldo menjelaskan dia telah selesa menjalani kehidupannya di ibu kota Sepanyol tersebut.

"Kini kehidupan saya adalah di Sepanyol dan saya juga sangat gembira bermain di kelab ini.

"Sebahagian daripada hidup saya adalah di sini, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Saya sangat gembira dalam saingan Liga Sepanyol sekarang," jelasnya lagi. - Agensi.


Sunday, July 7, 2013

Rooney Kekal Milik United


London: Pengurus baru pasukan Manchester United David Moyes mengesahkan Wayne Rooney tidak akan dijual. Beliau berkata demikian pada sidang media pertama sejak beralih ke Old Trafford. Masa depan Rooney menjadi spekulasi dan tumpuan musim panas ini hingga mengaburi perpindahan Moyes yang mengambil alih tugas Sir Alex Ferguson.

Chelsea, Arsenal dan Paris Saint Germain (PSG) diramal menjadi lokasi perpindahan buat penyerang England itu namun Moyes menegaskan anak buahnya itu akan kekal di Old Trafford. “Wayne bukan untuk dijual. Dia pemain United dan akan kekal di sini,” tegasnya. Moyes pernah memimpin Rooney, 28, ketika dia bersama Everton lantas optimis beliau mampu meraih yang terbaik dari penyerang England itu.

“Saya bertuah kerana sudah mengenali Wayne ketika usianya baru 16 tahun. “Malah, saya juga sudah mengadakan beberapa pertemuan dengan Wayne. Dia menjalani latihan dengan hebat dan kembali ke prestasi yang amat baik menjadikan saya teruja untuk bekerja dengannya. “Selepas berbincang dengannya beberapa kali, bagi saya perkara lalu itu tidak perlu diungkit lagi.

“Kini kami bekerjasama dan saya lihat dia turut teruja dan gembira. Dia seorang pemain yang hebat dan sekali lagi saya tekankan, Wayne bukan untuk dijual,” katanya. Moyes turut enggan menyentuh pergeseran yang dilapor berlaku antara Rooney dan bekas pengurus United Sir Alex Ferguson.

“Saya tidak tahu intipati pertemuan mereka. Bagi saya, masa saya baru bermula di United. “Saya ingin berusaha membantu Wayne mengecapi prestasi terbaiknya. “Bagi saya Wayne setaraf legenda kelab ini, George Best, Bobby Charlton atau Roy Keane.” - Agensi

Wednesday, July 3, 2013

Angin Yang Bertiup Dari Manchester United

Rooney bersama anaknya Khai
Yorke terkejut Rooney dicemuh peminat

BEKAS pemain tengah Manchester United, Dwight Yorke terkejut dengan layanan segelintir penyokong The Red Devils yang mencemuh Wayne Rooney ketika meraikan kemenangan liga kali ke-20, baru-baru ini.

Ini kerana, Rooney meluahkan hasrat untuk berhijrah ke pasukan lain pada musim panas ini.

"Saya tergamam bila mendengar khabar Wayne ingin meninggalkan kelab atau minta dipindahkan ke pasukan lain. Itu memang saya tidak boleh terima.

"Namun, mengenangkan jasa beliau yang dicurahkan sejak sembilan tahun lalu di Old Trafford dan membawa banyak kejuaraan, saya fikir itu adalah haknya.

"Cuma, saya ingatkan peminat supaya bertenang memandangkan Ronney masih pemain United," katanya.

Sementara itu, Yorke berharap David Moyes  yang bakal menggantikan peranan Sir Alex Ferguson sebagai pengurus dapat memujuk Rooney untuk terus kekal sebagai pemain United.


United mahu rekrut Cesc Fabregas
Cesc Fabregas

Manchester United mahu merekrut bintang Barcelona, Cesc Fabregas menjelang pintu perpindahan pemain sepanjang msuim panas ini.

Fabregas dianggap calon tepat di bawa ke Old trafford memandangkan jentera tengah United kurang berbisa sepanjang saingan liga yang lalu.

Malah, keputusan Paul Scholes yang gantung but musim ini dan prestasi kurang memberangsangkan dipamerkan Nani dan Ashley Young meresahkan pengurus barunya, David Moyes.

Moyes juga dijangka melepaskan Anderson dan Nani ke kelab lain.

Bagi Fabregas, kegagalan bersaing merebut posisi tengah di Barca kerana kerap dibayangi Xavi Hernandez antara penyebab beliau ingin cuba angin baru.

Dilaporkan, Barca sedia menjual bekas pemain Arsenal itu dengan harga bidaan kira-kira RM115 juta.

Selain Fabregas, Moyes memburu  Marouane Fellaini dan  Thiago Alcantara bagi diserapkan dalam kem The Red Devils dan berkemungkinan kehilangan  Wayne Rooney yang sedia meninggalkan Kota Manchester.


Thaigo bersama Isco
Thiago, Isco ke Manchester

KAPTEN skuad bawah 21 Sepanyol, Thiago Alcantara dikatakan bersetuju secara lisan untuk menyarung jersi Manchester United, musim depan.

Bahkan laporan turut menyatakan bahawa United bersetuju membayar RM84 juta untuk mendapatkan khidmat Thaigo dengan gaji berjumlah RM24 juta setahun.

Sementara itu, Isco semakin hampir menyatakan persetujuan untuk mewakili Manchester City.

Dia yang turut menjadi rebutan Real Madrid, berkemungkinan besar menerima tawaran berkenaan untuk bersama bekas jurulatihnya, Manuel Pellegrini yang kini mengemudi City.

United sanggup gandakan gaji
Lewandowski

Manchester United dilihat bersungguh-sungguh bagi mendapatkan khidmat Robert Lewandowski apabila sanggup membayar dua kali ganda gaji diterima pemain itu di Borussia Dortmund.

Ketika ini, Lewandowski terima RM197,000 seminggu dan jika United dan Dortmund mencapai kata sepakat, gajinya akan dinaikkan sebanyak RM444,000 seminggu.

Begitu pun, hasrat United barangkali sukar memandangkan Dortmund baru kehilangan  Mario Goetze  yang memilih bergabung bersama kelab Bayern Munich dan sudah tentu enggan melepaskan Lewandowski yang masih berbaki setahun kontrak.

Menurut Lewandowski, dia gembira berada di Jerman, tetapi akui hanya waktu menentukan masa depannya untuk kelab yang berpangkalan di Westfalenstadion itu.

"Saya harap situasi akan berubah dan tidak kesal apa-apa pun (penghijrahan)," katanya.


NANI berhasrat tinggalkan United
United tolak pinangan Galatasaray

Manchester United menolak pinangan kelab Turki, Galatasaray bagi menyunting Nani menjelang saingan musim baru liga negara itu pada Ogos depan.

Nani yang kerap memanaskan bangku simpanan pada musim lalu akibat kecederaan meluahkan hasrat untuk keluar dari Old Trafford.

Pengerusi kelab Galatasaray, Unal Aysal berkata, pihaknya menawarkan RM29 juta tetapi ditolak mentah-mentah oleh United.

"Mereka inginkan RM41 juta dan kami tidak boleh beri lebih daripada jumlah berkenaan," katanya.


Kagawa tak puas

Kagawa tekad baiki prestasi diri
SHINJI Kagawa mengakui persembahannya bersama pasukan Manchester United sepanjang musim lalu belum cukup memuaskan hatinya.

Kini, bintang kelahiran Jepun itu tekad memperbaiki diri dan pamer aksi lebih bertenaga selepas ini.

"Saya kurang senang tahap permainan untuk pasukan. Saya gagal mencetak banyak jaringan dan dilanda kecederaan lutut.

"Banyak perkara sulit dilalui musim lalu dan banyak impian gagal dipenuhi.

"Meskipun kami memenangi liga tetapi saya berpendapat itu bukan musim terbaik United," katanya.

Sejak menyertai United daripada Borussia Dortmund, Kagawa hanya sempat meledak enam gol dalam 26 penampilan.


Thiago Alcantara
Moyes buru Thiago

PENGURUS baru Manchester United, David Moyes meningkatkan bidaan bagi membawa pemain tengah Barcelona, Thiago Alcantara ke Old Trafford, musim panas ini.

Moyes dilaporkan bersedia membayar £15 juta (RM68 juta) untuk pemain Sepanyol berusia 22 tahun itu.

Thiago masih mempunyai baki kontrak selama dua tahun di Nou Camp namun bersedia meninggalkan kelab Catalan itu selepas gagal merebut tempat dalam kesebelasan utama.

Sumber di Nou Camp mendedahkan, Thiago kurang gembira di Barca kerana jarang diturunkan.

"Thiago bukan pemain kegemaran Tito Vilanova. Dia sering disisihkan selain terpaksa bersaing dengan Cesc Fabregas dan Alex Song.

"Situasi itu membuatkannya kecewa dan memikirkan cadangan menyertai pasukan lain," katanya.

Selain United, Borussia Dortmund dan Manchester City turut berminat mendapatkan khidmat Thiago.

@go MU go...