GARA-gara ingin cantik, seorang wanita sanggup menyuntik minyak masak ke
atas kulit mukanya apabila doktor enggan melakukan prosedur botok.
Hang Mioku, 48, yang juga bekas model Korea, dilaporkan menjadi cacat kekal
berikutan tindakannya melakukan rawatan sendiri.
Menurut Hang, beliau terpaksa menyuntik minyak masak ke serata wajahnya
selepas suntikan cecair silikon yang dibeli daripada pasaran gelap tidak
membuahkan hasil.
Akibatnya, keseluruhan kulit muka Hang, membengkak sekali gus mengubah
wajah wanita itu hingga menjadi hodoh.
Nasib Hang akhirnya mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya
disiarkan oleh televisyen tempatan.
Hasil kutipan derma, Hang berjaya menjalani 10 pembedahan membuang 60 gram
cecair silikon, minyak masak dan bendasing yang disuntik ke dalam kulit
wajahnya.
Sebanyak 200 gram bendasing berbentuk cecair turut dikeluarkan daripada
lehernya.
Walaupun pakar berjaya menyingkirkan cecair itu, wajah Hang tetap kekal
cacat dengan kesan parut akibat suntikan terdahulunya.
Pada September 2011, seorang warga emas, Janet Hardt dari Illinois, Amerika
Syarikat, meninggal dunia akibat jangkitan bakteria yang terhasil daripada
suntikan lemak lembu ke bibir dan dagunya.
Pihak berkuasa Illinois mengesahkan, kematian Hardt berpunca daripada lemak
lembu berkenaan.
Mengikut pandangan Islam
Pembedahan plastik wajib dilakukan apabila pembedahan tersebut bertujuan
menutup luka, memperbaiki bekas luka parah, menampal kulit kesan terbakar yang
sangat parah terutama membabitkan wajah dan bahagian yang biasanya dapat
dilihat.
Antara contoh yang dibolehkan untuk melakukan pembedahan adalah seperti
menghilangkan bentuk yang berbeza dari bentuk kejadian asli seperti jari
keenam, lebihan daging dan sebagainya.
|
Sementara itu, prosedur dikatakan haram adalah perbuatan mengubah ciptaan
ALLAH SWT seperti mengubah alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan
lain-lain.
Firman ALLAH SWT: "Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu
kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah)
melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana," "Janganlah kita
mengubah ciptaan ALLAH SWT kerana sesungguhnya syaitan sentiasa suka menghasut
kita agar mengubah ciptaan ALLAH SWT dan menyesatkan anak Adam,"
"Dan aku (syaitan) akan sesatkan mereka, aku akan janjikan angan-angan
kosong kepada mereka dan sungguh aku mahu menguasai mereka. Aku akan menyuruh
mereka memotong telinga binatang ternakan dan mengubah ciptaan ALLAH SWT
(mengada-adakan upacara ibadat).´
Dan sesiapa menjadikan syaitan sebagai pelindung selain daripada ALLAH SWT,
sesungguhnya rugilah dia, kerugian yang nyata sekali," Surah Al-Imran dan
An-Nisa'.
No comments:
Post a Comment