KUALA LUMPUR 11 JUN: Permohonan perbicaraan salah bekas
pegawai polis, Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana membunuh
Altantuya Shaariibuu sekiranya diluluskan mahkamah, boleh membawa implikasi
perbicaraan semula ke atas kes tersebut, sekali gus mengesan lebih banyak pihak
yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.
“Sirul dan Azilah boleh terlepas. Perbicaraan semula
boleh dibuat untuk mendapat tahu siapa sebenarnya yang bersalah,” kata Pengarah
Guaman KEADIILAN, Latheefa Koya kepada Keadilan Daily.Latheefa
Jelasnya, seseorang boleh bebas atas sebab salah tuduhan,
dakwaan dibawah seksyen yang silap, atau hakim belum ‘swearing-in’ (mengangkat
sumpah jawatan).
“Apa yang penting dalam kes ini terdapat pembunuhan dan
kematian. Rakyat nak tahu siapa yang diadili,” kata Latheefa lagi.
Semalam, Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan permohonan
perbicaraan silap oleh Sirul untuk mengisytiharkan perbicaraan salah dalam kes
beliau membunuh Altantuya.
Dalam notis usulnya difail pada 3 Jun, Sirul Azhar
memohon diisytihar sebagai perbicaraan salah oleh Mahkamah Tinggi kerana
mendakwa terdedah kepada publisiti buruk secara meluas dan prejudis terhadap
dirinya, dengan itu dinafikan perbicaraan yang adil.
Publisiti buruk diterimanya menimbulkan kebarangkalian
bahawa hakim mahkamah tinggi bersikap berat sebelah dan dengan itu sabitannya
boleh dipertikaikan.
Sirul mendakwa publisiti buruk itu menerusi tiga akuan
bersumpah, iaitu dua oleh P Balasubramaniam dan satu lagi oleh Raja Petra
Kamarudin.
No comments:
Post a Comment