Monday, November 25, 2013

Selangor Diambang Muflis??



Apakah benar Negeri Selangor akan dilanda muflis?. Setelah berjaya realisasikan pemberian air bersih percuma di bawah 20 meter padu malah dilanjutkan pula 10 tahun akan datang. Usaha ini tidak nampak seperti main tarik tali kerana Kerajaan TS Khalid telah membuat tawaran kepada 4 syarikat konsensi Air Selangor sebanyak RM9.60 Bilion. 

Klik gambar untuk lihat video;

http://www.youtube.com/watch?v=yjIMPALVzTo

Tidak cukup dengan itu, diberinya pula boucer shopping pada 350 penduduk berusia emas sempena Deepavali lepas.

Yang paling syok anak muda yang nak kahwin dapat pula insentif RM200. Tapi syaratnya kahwin buat pertama kali. Umur bawah 35, Tinggal di Selangor 10 tahun, income tak kira berapapun dan terbuka untuk semua kaum.

Itu antara yang boleh mendatangkan muflis kepada yang tak berpeluang kelepet duit rakyat dan mengembungkan poket senditi. Syoknya jadi rakyat negeri Selangor!. Nak tahu apa lagi insentif-insentif lain, klik sini.

penerima teruja

Apa pula kata mereka yang dah dapat getah ni...

Rata-rata penerima teruja dan gembira dengan pemberian daripada Kerajaan Negeri itu. Penerima, K.Kanniama, 51, berkata pemberian itu dapat menampung perbelanjaan dapur semasa perayaan.

“Saya ini daripada keluarga yang susah, kesihatan pun tidak begitu memuaskan, jadi saya sangat-sangat berterima kasih,” katanya ketika ditemui.

Bagi P. Alaki, 55, mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang berusaha membantu golongan berpendapatan rendah.

“Walaupun dengan jumlah macam sedikit, tapi sekurang-kurangnya kami sekeluarga gembira dengan pemberian ini,” katanya.


Seperti yang pernah dilaporkan dalam berita satu ketika dahulu...

"Pembangkang ini senjata pada tangannya adalah jual janji, tapi apabila kita timbang punya timbang, janji itu mustahil untuk dilaksanakan”.

“pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekaligus menyebabkan rakyat hilang keyakinan”. Katanya Najib lagi.
Baca lanjut di sini.


Dan ini satu lagi menyebabkan Selangor diambang muflis katanya mereka...

SHAH ALAM 24 NOV : Kerajaan negeri disaran mengenakan bayaran kepada warga asing bagi perkhidmatan bas awam percuma yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata langkah itu harus dilaksana bagi mengelakkan bas awam percuma disalah guna warga asing.

Katanya, kutipan bayaran ke atas warga asing itu juga boleh digunakan bagi tujuan penyelenggaraan bas berkenaan dan adil kepada rakyat tempatan.

“Warga asing perlu dikenakan bayaran demi mempertahankan hak rakyat tempatan dan pada masa sama, tambang itu dapat digunakan untuk tujuan penyelenggaraan,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Suee Lim berkata, walaupun terdapat dakwaan mengatakan bahawa perkhidmatan bas awam percuma memberikan kelebihan kepada warga asing, inisiatif itu perlu juga dilaksanakan untuk rakyat tempatan sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan bertanggungjawab.

“Sebagai kerajaan negeri yang prihatin dan bertanggungjawab, Selangor tetap akan menjaga kebajikan rakyat tidak kira jumlah yang menggunakan bas ramai atau tidak,” katanya.

Sementara itu, ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, kerajaan negeri perlu mengkaji langkah bagi menetapkan beberapa peraturan dalam perkhidmatan bas awam percuma kepada warga asing demi keselesaan rakyat tempatan.

“Mungkin mereka boleh dikenakan syarat tertentu dan tidak salah jika diberikan percuma kerana warga asing itu juga pembayar cukai.

“Kita perlu sedar tidak semua tempat mempunyai ramai warga asing. Jadi perkara itu perlu diimbangi dan tidak boleh menyingkirkan mereka kerana golongan ini juga penyumbang kepada ekonomi negeri,” katanya.

Dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju menyediakan perkhidmatan bas awam percuma dan pelaksanaan perkhidmatan itu akan diperluaskan ke kawasan luar serta pinggiran bandar jika permintaan meningkat di lokasi berkenaan.


Maka sebab itu dasar ini diperkenalkan pada 1983 lagi. 

"Walau bagaimanapun, tiada ruang untuk kita berasa terlalu selesa. Ekonomi yang stabil lahir daripada kerjasama sihat serta menguntungkan antara kerajaan dengan sektor swasta. Kerajaan tidak boleh menjamin kestabilan pertumbuhan secara bersendirian, hasrat itu perlu disokong bersama oleh peneraju-peneraju syarikat korporat," katanya Najib.

No comments:

Post a Comment