Sunday, November 24, 2013

Jumaat Itu Bermakna Buat Umat Islam




NegaraKu Malaysia akan lebih sejahtera dan makmur jika di bawah pemerintahan tokoh ini. Muktamad.

Johor Cuti Jumaat, Sabtu

MUAR 23 Nov. - Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Baginda bertitah, hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan.

"Jika kita perhatikan pada masa kini, orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat, waktu khutbah pula sering dijadikan sebagai waktu untuk berehat dan tidur.

"Selepas selesai solat Jumaat pula, mereka bergegas bangun dan meninggalkan masjid sehingga ada yang tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa.

"Oleh yang demikian setelah meneliti banyak pandangan, saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan bagi negeri Johor ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu bermula 1 Jan 2014," titah baginda.

  
Perbezaan harga RIV
Sultan Johor, beli rapid intervention vehicles (RIV) dengan harga RM150,000 sebuah,
Orang bijak pandai beli dengan harga RM690,000 sebuah.

Sedap juga hati bila ada pihak yang tersedar dan berjanji akan siasat;

10 Sept. - Kementerian Pertahanan akan melakukan siasatan terhadap perbezaan harga rapid intervention vehicles (RIV) dijual pembekal bagi Rejimen Gerak Khas.

Siasat sejak September 2012.. lamanya tukang siasat ni menyiasat.. huhu.


Allah berfirman;
Bukankah setiap kali mereka mengikat janji, pasti ada diantara mereka yang melanggarnya, bahkan sebahagian besar mereka tidak beriman.
[surah Al-Baqara; 100]     




No comments:

Post a Comment