Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Saya Akan Ludah Muka Orang Itu - Nik Aziz




KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau akan 'meludah' muka ahli UMNO yang datang bertemunya bagi menyatukan dua parti terbesar orang Melayu itu biarpun ramai bimbang dengan masa depan negara selepas 'tsunami pengundi Cina' dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Ahad lalu.

Beliau yang ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini, tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalin kerjasama dengan UMNO kerana mendakwa, telah serik dengan pengalaman lalu.

"UMNO kena buang 'kebangsaan' dan terima Islam dahulu. Sudah lama saya cakap macam ini, sikit lagi ada orang UMNO cari Pas, saya akan ludah muka orang itu, kalau kamu hendak bersatu, buang kebangsaan ambil semangat Islam, tidak kena di mana Islam?'' soalnya.

Sementara itu, ketika ditanya trend pengundi Melayu di Pantai Barat yang menolak Pas sehingga kerajaan Pas Kedah tumbang dan gagal merampas semula Perak, Nik Aziz memberi alasan, ia disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat di kawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN.

@Pasai apa Tok Guru marah sangat ni? Nak Tahu?

Tuesday, February 26, 2013

Fitnah! Gambar Edit TGNA Menerima BR1M





TGNA di fitnah lagi...

Gambar menunjukkan TGNA pun menerima bantuan yang popular masakini BR1M.
Ini adalah hasil kerja dari Blogger upahan United Malays National Organisation yang memang kepakaran mereka memanipulasi dan membuat fitnah. Busuk dari kepala hingga ke usus! Jika bukan menipu bukanlah UMNO namanya. 



Jika rakyat hanya membaca Utusan dan mononton TV3 sahaja... alamat kena goreng hidup2 laaa. Jika nak menipupun agak2 lah, biarlah nampak cerdik sikit!

Lihat syarat-syarat yang diperlukan untuk penerima BR1M.



Jika pemohon berpendapatan rm3,001 pun tidak layak menerimanya.
Jika didapati pemohon membuat penipuan…



Lihat pula pendapatan yang dituai oleh TGNA.



Lihat contoh di bawah, elaunnya  saja sudah tidak layak untuk memohon BR1M!

"Sejak saya menyandang jawatan Menteri Besar bermula 1990 lagi saya tidak pernah mengambil pemberian elaun-elaun kerajaan sebagai tanda bersederhana dalam hidup. Amalan ini saya panjangkan pula kepada semua wakil rakyat. Ia suatu langkah berkebajikan kerana elaun yang tidak diambil itu boleh dimanfaatkan bersama rakyat atau membantu rakyat meskipun ia nampak kecil. Sebagai contoh sebulan elaun dapat RM5,000, dan cuba bayangkan kalau setahun sudah mencapai RM60,000.

Begitulah, saya tidak pernah menggunakan wang kerajaan untuk tujuan peribadi, malah kemudahan rumah yang disediakan oleh kerajaan saya tak tinggal di rumah itu. Sebaliknya, rumah itu telah dimanfaatkan untuk urusan umum.

Demikian lagi, saya tidak menggunakan kenderaan kerajaan untuk kemudahan peribadi mahupun keluarga. Saya sedia mendidik rakyat berekonomi secara Islam, misalnya dilaksnakan Ar-Rahn iaitu sistem pajak gadaian Islam. Begitu juga amalan pentadbiran seperti cuti mingguan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad, Skim Kifalah untuk keluarga warga emas dan Skim Armalah untuk wanita yang kematian suami atau ibu tunggal dan banyak lagi.

Selain itu, elaun sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha yang disediakan kerajaan untuk menteri besar sebanyak RM30,000 hingga RM50,000 tidak pernah saya ambil. Sambutan hari raya itu tetap dibuat (di rumah Pulau Melaka), tetapi dengan belanja sendiri. Ia suatu pendirian bagi menjimatkan duit rakyat". - TGNA



 p/s: Inilah yang dikatakan 'Wasatiyyah'. Kesederhanaan dalam apajua keadaan. Maka sebab itulah rakyat Kelantan yang bukan Islam pun hormat dan kasih pada TGNA.

Bagaimana pula dengan HJ Najib Razak? Hutang keseluruhan Kerajaan Persekutuan adalah RM306.437 bilion pada tahun 2008 apabila Najib mengambil alih sebagai Menteri Kewangan, Ia meningkat kepada RM362.387 bilion pada tahun 2009 dan RM407.101 bilion pada tahun 2010. Ia diunjurkan mencecah RM455.745 bilion pada tahun 2011. Hutang Negara Terkini 2012 RM484.621 Bilion. Kenaikan RM200 Bilion Tahun 2008-2012?.  Kita boleh mencapai hutang sehingga RM1.21 trilion menjelang tahun 2020. Kesejahteraan rakyat masih ditakuk yang lama!
 
 p/ss: Apa yang boleh dikatakan... kasihan pada generasi akan datang. Bersarakanlah pemboros ini sebelum tergadainya bumi bernama MALAYSIA!

Saturday, February 23, 2013

Utusan Malaysia Yang Pakar ‘Spin'




Akhbar Utusan ini memang menjadi kepakarannya
Memutar belitkan sesuatu berita dan menjadikannya sensasi

Walaupun Seringkali telah disaman tapi tidak pernah serik,
Tidak tahu kemana hilangnya etika kewartawanan mereka!
Mengampu melambung di satu pihak dan
Menghentam membenam di satu pihak lagi...

Mungkin menghadapi satu lagi saman?



Kenyataan Asal Nik Aziz menurut Utusan

Kenyataannya di Spin oleh Utusan

Pencerahan:
Apa yang dimaksudkan oleh Nik Aziz itu adalah Perumpamaan Melayu. 
Begitu juga, jika dua adik beradik yang suka bergaduh, Juga diberikan Perumpamaan "Seperti Anjing dengan Kucing".  Anjingkah si adik, atau Kucingkah si abang? Mungkin ada bijak pandai boleh menghuraikannya... ada kawan pernah berkata bengong tahap Gaban!

Ikuti video Kenyataan yang dimaksudkan di  Durasi 13.34




Gambar ini menceritakan Rakyat Malaysia bersesak untuk mendapatkan BR1M yang dikatakan bukan gula2 politik. Bayangkan bagaimana golongan lanjut usia hadapi situasi ini. Bagaimanakah keadaan jika sedang sakit?. 

Demi rm500 itu, Dilaporkan ada yang Pengsan dan ada juga yang hampir bertumbuk.

Tidak adakah kaedah lain (bank in: contohnya) yang boleh dilakukan jika benar ikhlas membantu, lebih-lebih lagi bahang PRU-13 kurang dari 60 hari lagi... Diwajibkan pula mendengar Menteri yang gila berleter....