Ramallah:
Seorang menteri Israel semalam mengesahkan rejim itu perlu membina Kuil Kedua
di atas sisa keruntuhan Kompleks Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Akhbar
Israel, Ma’ariv memetik Menteri Perumahan rejim Zionis Uri Ariel dari parti
pelampau Habayit Hayehudi sebagai berkata: “Kita sudah membina begitu banyak
bangunan, termasuk banyak kuil kecil. Apa yang kita perlukan sekarang bukan
kuil yang kelihatan seperti kuil. Kita memerlukan kuil sebenar. Kuil Kedua
(Kompleks Masjid Al-Aqsa atau Al Haram al-Sharif),” kata Ariel pada satu
persidangan di Shilo, penempatan Yahudi di utara Ramallah di Tebing Barat.
Mengulas
usaha Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry menyambung semula rundingan
damai antara Israel dan Palestin, dia berkata: “Ada orang berpendapat dua
negara untuk dua bangsa akan mewujudkan penyelesaian berkekalan. Tetapi bagi
saya ia hanya kisah dongeng. Antara Sungai Jordan dengan Laut Mediterranean
hanya ada satu negara - iaitu Israel.” – Agensi.
Sepertimana Allah berfirmah, kaum yang melampaui batas;
Diingatkan lagi;
@Sedutan daripada Kitab Tanbihul Ghafilin...
...
Maka pergilah Nabi Muhammad s.a.w. ke neraka dan ketika dilihat oleh Malaikat
Malik, maka segera ia bangkit hormat lalu ditanya: “Hai Malik, bagaimanakah
keadaan ummatku yang durhaka?” Jawab Malaikat Malik: “Alangkah jeleknya keadaan
mereka dan sempit tempat mereka.” Maka diperintahkan membuka pintu dan angkat
tutupnya, maka apabila orang-orang di dalam neraka itu melihat Nabi Muhammad
s.a.w. maka mereka menjerit serentak: “Ya Nabi Muhammad s.a.w., api neraka
telah membakar kulit kami.”
Maka
dikeluarkan semuanya berupa arang, lalu dibawa mereka ke sungai dimuka pintu
syurga yang bernama Nahrulhayawan, dan disana mereka mandi kemudian keluar
sebagai orang muda yang gagah, elok, cerah matanya sedangkan wajah mereka
bagaikan bulan dan tertulis didahi mereka Aljahanamiyun atau orang-orang
jahannam yang telah dibebaskan oleh Allah s.w.t.. Dari neraka kemudiannya
mereka masuk ke syurga, maka apabila orang-orang neraka itu melihat kaum
muslimin telah dilepaskan dari neraka, mereka berkata: “Aduh, sekiranya kami
dahulu Islam tentu kami dapat keluar dari neraka.”
...baca
lanjut disini.
No comments:
Post a Comment