Wednesday, July 10, 2013

Sharifah Khasif Terbitkan Album Qasidah Burdah



Sejak dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al Quran Antarabangsa pada 2009, Sharifah Khasif menyimpan impian untuk menghasilkan sebuah album qasidah bagi memperkenalkan dan menarik minat masyarakat khususnya golongan muda kepada seni Islam itu.

Impian personaliti televisyen wanita yang kefasihannya membaca Al Quran mendapat pengiktirafan para Sheikh Mesir dan Yemen itu akhirnya menjadi kenyataan dengan pelancaran album sulung beliau iaitu Al Husna pada 27 Jun lepas.

Menurut Sharifah, beliau tidak menghasilkan album sebelum ini kerana menunggu masa yang sesesuai selain mencari komposer yang berkeupayaan untuk menghasilkannya.

Al Husna yang diterbitkan oleh syarikat milik beliau, Sharifah Khasif Production ini turut mendapat sentuhan komposer terkenal, Yasin Sulaiman sebagai penerbit. Album yang memuatkan enam buah lagu qasidah ini mula dipasarkan pada 28 Jun lepas.

Sharifah Khasif Terbitkan Album Qasidah Burdah;
Asmaul Husna;

@moga syiar islam bergema dimana-mana, insyaAllah.
Jika berminat untuk memiliki album ini, lawati lamanweb di bawah; 
www.nasyidfm.com.my


No comments:

Post a Comment