Sunday, July 7, 2013

Keputusan Penoh Tilawah AL QURAN Kali Ke-55. Qari Indonesia Qariah Maghribi Muncul Johan


KUALA LUMPUR 6 Julai - Qari Indonesia, Dasrizal Marah Nainin dan qariah Maghribi, Hajar Boussaq diumumkan sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-55 yang berakhir malam ini.

Dasrizal muncul johan qari selepas memperoleh markah sebanyak 93.26 peratus manakala Hajar mendapat markah sebanyak 91.27 peratus.

Johan qari dan qariah itu masing-masing membawa pulang hadiah berupa jongkong emas seberat 350 gram bernilai RM70,000 sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) serta wang tunai berjumlah RM40,000, sijil penyertaan dan piala pusingan.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang dan menyempurnakan majlis penutup tilawah itu yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Yang turut berangkat, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Yang hadir sama, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Qari Iran, Mohammad Mashmoul dan qariah Malaysia, Hanimzah Jalaluddin pula masing-masing menduduki tempat kedua bahagian qari dan qariah.

Tempat ketiga bahagian qari pula dimenangi peserta Malaysia, Anuar Hasin manakala bahagian qariah pula dimenangi peserta Thailand, Natipa Manasiya.

Sebanyak 79 peserta terdiri daripada 44 qari dan 35 qariah mewakili 44 buah negara mengambil bahagian dalam majlis tilawah bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' itu yang berlangsung sejak 29 Jun lalu.


Info Taranum;

Taranum dari segi bahasa adalah lagu. Taranum dari segi istilah pula memberi maksud mencantikkan dan mengelokkan suara mengikut proses nada, rentak dan irama tertentu. Ia membawa maksud ilmu atau kaedah memperelok atau memperindah bacaan al-Quran secara berlagu. Tujuan mengalunkan seni suara ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pembaca terhadap kecantikan dan keindahan kalimah-kalimah Allah serta mampu menghayati uslub-uslub al-Quran sehingga dapat memahami maksud pada akal, hati, roh, serta dapat beramal dengannya.

Di Malaysia, kaedah ini dikenali dengan nama Taranum al-Quran sempena sepotong hadis Rasulullah yang bermaksud, "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (taranum) bacaan al-Quran."

Terdapat pelbagai jenis taranum seperti Bayati, Nahwan, misri, hijazi, iraqi, kurdi dan ajami. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran misri.

Dengarkan bacaan Johan Qari dari Indonesia, Dasrizal Marah Nainin;
dan dengarkan bacaan Johan Qariah dari Maghribi, Hajar Boussaq;

Juga dengar bacaan Johan Qariah tahun 2009 yang merdu, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman (Malaysia).

dan Bacaan Johan Qariah Antarabangsa 2011 - Suraya Abu Hasan (Malaysia).

Terdahulu; Johan Qari dan Qariah MTQA Tahun 2012;

Johan Qari MTQA 2012 | Muhammad Anuar Ghazali (Malaysia)
Johan Qariah MTQA 2012 | Hasnaa' Khoulali (Maghribi)


KEPUTUSAN PENUH MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KE-55 TAHUN 1434H/2013M

BAHAGIAN LELAKI/QARI

TEMPAT PERTAMA : MR. DASRIZAL BIN MARAH NAININ
NEGARA : INDONESIA
MARKAH : 93.26 %

TEMPAT KEDUA : MR. MOHAMMAD MASHMOUL
NEGARA : IRAN
MARKAH : 92.38 %

TEMPAT KETIGA : MR. ANUAR BIN HASIN
NEGARA : MALAYSIA
MARKAH : 89.55%

TEMPAT KEEMPAT : MR. NAZMUL HASAN
NEGARA : BANGLADESH
MARKAH : 89.19%

TEMPAT KELIMA : YOUSSEF MARWAN AD-DEEK LEBANON
NEGARA : LEBANON
MARKAH : 87.63 %

TEMPAT KEENAM : MR. MOHAMED AL-ARABI KASTALI
NEGARA : MOROCCO
MARKAH : 86.91 %

TEMPAT KETUJUH : MR. BOUGHALAB IBRAHIM
NEGARA : BELGIUM
MARKAH : 86.71 %

TEMPAT KELAPAN : MR. MUHAMMAD HAJEE MUSA
NEGARA : THAILAND
MARKAH : 86.17%

************
BAHAGIAN PEREMPUAN/QARIAH

TEMPAT PERTAMA : MRS. HAJAR BOUSSAQ
NEGARA : MOROCCO
MARKAH : 91.27%

TEMPAT KEDUA : MRS. HANIMZAH BINTI HJ. JALALUDDIN
NEGARA : MALAYSIA
MARKAH : 88.08 %

TEMPAT KETIGA : MRS. NATIPA BINTI MANASIYA
NEGARA : THAILAND
MARKAH : 87.67%

TEMPAT KEEMPAT : MRS. DAYANG HAJAH MAIDAH BINTI HAJI ABD RAHMAN
NEGARA : BRUNEI DARUSSALAM
MARKAH : 86.46%

TEMPAT KELIMA : MS. SOMIYAH ALI ABDEL AZIZ ALI EL DEEP
NEGARA : MESIR
MARKAH :85.88 %

TEMPAT KEENAM : MRS. FARIDAH BINTI DAUD
NEGARA : INDONESIA
MARKAH : 85.56 %

TEMPAT KETUJUH : MS. NUR ADILLAH BINTI MOHAMED REHAT
NEGARA : SINGAPURA
MARKAH : 76.75 %

TEMPAT KELAPAN : MRS. SUHANA MARIYAM BINTI AGEEL
NEGARA : MALDIVES
MARKAH : 76.55 %


@Majlis MTQA telah dianjurkan oleh Malaysia pada setiap tahun sejak 55 tahun lalu.

No comments:

Post a Comment