Monday, February 10, 2014

BRIM 3.0 diagih 23 Februari




Kerajaan bakal mengumumkan beberapa lagi langkah untuk mengatasi masalah kenaikan harga barang supaya tidak membebankan rakyat setelah mengumumkan peralihan daripada subsidi pukal kepada subsidi bersasar sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau bagaimanapun tidak boleh mengumumkannya ketika ini kerana perkara tersebut masih berada dalam kajian.

"Percayalah, saya tidak akan mempersia-siakan mandat yang diterima daripada rakyat pada pilihan raya umum yang lalu. Saya sedar, sebagai Perdana Menteri, sudah tentu dalam hal ini amat sensitif kerana parti keramat ini mesti kita pertahankan secara berwibawa dan berterusan.

Beliau berkata, rakyat perlu memahami segala usaha kerajaan adalah demi kebaikan semua pihak, namun pembangkang akan sentiasa membuat serangan untuk menidakkan jasa kerajaan. Baca sini.

@Bila ikan dihulurkan lagi...  

No comments:

Post a Comment