Friday, February 21, 2014

Seronok Ke Kerjaya Sebagai Seorang Guru?




Bila seorang guru memasuki kelasnya, selaku ketua kelas akan meminta semua rakannya supaya bangun...

“Selamat pagi Cikgu”.
Itu adalah tanda rasa hormat dan penghormatan kepada seorang guru.
Apabila tamat waktunya, sekali lagi ketua kelas akan bangun..

“Terima kasih Cikgu”.
Itu pula sebagai ucapan berterima kasih di atas segala ilmu yang dicurahkan.

Itu cerita dulu. Walaupun dirotan, dicubit, diketuk atau ditampar cikgu, tak berani nak mengadu pada ibupapa, silap haribulan dapat habuan lagi...

Tapi kebelakangan ini, Guru terpaksa berdepan dengan saman dari segelintir ibubapa kerana merotan anak mereka. Ada pula kes guru di tumbuk atau kereta dicalarkan. Bimbang dengan semua karenah itu, ada juga guru yang memilih menjadi “Guru 24 Haribulan”. Masa mengajar - dia mengajar, faham atau tidak kau punya fasal. Cukup 24 haribulan dapat gaji.

Apa pula nasib pelajar nanti? Mak bapak dia kan bijak pandai, ajarlah sendiri!

Atau macam Cikgu Shaari?


 
Cikgu kena ‘Belasah’ di FB

Subang Jaya: Niat seorang guru memberi nasihat kepada salah seorang pelajarnya memakan diri apabila pelajar berkenaan dikatakan ‘membelasahnya’ di laman sosial Twitter dan Facebook (FB) dengan menggunakan kata-kata kesat.

Selain pelajar itu, kakaknya turut mengancam guru berkenaan kerana menyifatkan tindakan guru wanita itu melampau dan memalukan adiknya yang bersekolah di tingkatan dua di sebuah sekolah di Subang Jaya.

Guru wanita yang mahu dikenali sebagai Nor, 30-an berkata, kejadian itu berlaku 13 Februari lalu ketika dia sedang mengajar di dalam kelas pelajar berkenaan.

“Pelajar lelaki itu bergaduh dengan seorang pelajar perempuan sehingga membaling buku latihan dan menjerit-jerit di dalam kelas. Saya cuba menegur perbuatan mereka dan meminta mereka bertenang.

“Malangnya pelajar itu bengang dan membalas kata-kata saya dengan meninggikan suara sebagai tanda protes dan tidak berpuas hati,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Nor, sebaik tamat sesi pengajaran, dia bertemu kedua-dua pelajar itu untuk memberi nasihat supaya tidak mengulangi perbuatan berkenaan.

“Pelajar lelaki itu hanya berdiam diri dan seolah-olah menerima apa yang saya katakan. Sepanjang sesi kaunseling itu, saya langsung tidak menggunakan kekerasan atau mengenakan tindakan,” katanya.

Katanya, bagaimanapun, sebaik tamat sesi persekolahan, dia mendapati pelajar itu menggunakan akaun Twitter dan Facebook untuk menyerangnya dengan kata-kata ugutan dan cacian.

“Selama empat hari berturut-turut pelajar itu berbuat demikian dan saya ada membuat salinan kandungannya sebagai bukti.

Kakak pelajar itu juga ada mengugut mahu menggunakan ahli politik supaya tindakan dikenakan ke atas saya,” katanya. Berikutan ugutan itu, Nor berkata, dia sudah membuat aduan kepada pihak sekolah sebelum membuat laporan polis Selasa lalu kerana bimbang keselamatan diri.- hmetro.


No comments:

Post a Comment