Tuesday, February 11, 2014

Isteri Lari Ikut Jantan Lain




Mana-mana lelaki sekalipun akan rasa seolah terkena tempias Taufan Haiyan atau letupan gunung berapi Sinabung bila si isteri buat perangai gini.

Kita percaya, suami sumpah tidak akan cari lain jika isterinya pandai melayan luar dalam. Masa di rumah akan lebih banyak dari melepak kat kedai kopi, tengok bola sampai sekerat pagi.

Kita juga percaya si isteri juga tidak akan cari laki lain jika diberikan cukup dua benda. Apa benda tu?. Lelaki jangan nak poyo sangat... orang kata jangan berlunjur sebelum duduk. Cuba lihat setengah pasangan lain, walaupun suami tak berapa nak manco, tak berapa nak mewah, pergi kerja pun naik kapcai jer, tapi dia bagi cukup dua benda tu. 

Benda yang paling bermakna itu nombor satu, beras dan nombor dua keras!
Faham ke tak ni? Kalau tak faham juga... pergi hantuk kepala kat tiang! adus...

Berita sadis...

Aku ‘Dimadu’ Isteri

Kuala Lumpur: Remuk redam hati seorang suami apabila isteri yang disangkanya membuat lawatan kerja, rupa-rupanya lari mengikut bekas teman lelaki selepas hubungan mereka terjalin semula menerusi laman sosial facebook (FB).

Lebih mengejutkan, wanita berusia 29 tahun itu turut melarikan wang berjumlah RM50,000 milik suaminya, selain mengugut akan membunuh diri jika dia membuat laporan polis.

Suami terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 30, berkata, isterinya meninggalkan rumah pada 5 Februari lalu dengan alasan mengikuti lawatan kerja ke Perak bersama rakan sekerja selama tiga hari.

“Bagaimanapun, selepas tiga hari dia masih tidak pulang ke rumah. Bimbang dengan keselamatannya, saya menghubungi beberapa rakan sekerjanya, namun terkejut apabila mereka memberitahu isteri saya memohon cuti seminggu.

“Mereka juga memberitahu tiada sebarang lawatan kerja di Perak dilakukan pihak syarikat sebagaimana yang dikatakan isteri saya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment