Friday, February 28, 2014

Papagomo Diarah Bayar Anwar RM800,000



 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris ialah Papagomo (gambar, kanan) dan didapati memfitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Malaysiakini.

Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi.

Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000.

Wan Mohd Azri yang hadir di mahkamah hari ini, masih menafikan beliau ialah Papagomo.

@ Kan dah kantoi! Mana anak cari duit sebanyak RM130 ribu?. Dan Apa pula ‘chemistry’ dengan orang sebelah sinun?

Agama Islam melarang umatnya membuka keaiban orang lain, atau diumpama memakan bangkai.

Allah berfirman;

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. – [Surah Al-Hujarat: 12]

Ikuti cerita berkaitan sini


No comments:

Post a Comment