Thursday, May 16, 2013

Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat (Gelombang #Black 505) Di Sana Sini






Puluhan ribu bersesak di Padang Timur, Amcorp Mall


PETALING JAYA: Puluhan ribu kini memenuhi Padang Timur, berhampiran Amcorp Mall dekat sini bagi menyertai himpunan Suara Rakyat 505.

Mereka yang mula berkumpul sejak petang tadi mendengar pelbagai ucapan dan cerita mengenai penyelewengan pilihan raya yang berlangsung 5 Mei lalu… more>




Puluhan ribu hadir di Black505 Terengganu malam tadi


KUALA TERENGGANU: Himpunan Black505 peringkat negeri Terengganu yang berlangsung malam tadi menyaksikan puluhan ribu rakyat hadir.

Himpunan yang berlangsung di Markaz PAS Kuala Ibai malam tadi dianggar mencatat kehadiran kira-kira lebih 50,000.

Turut hadir malam tadi, pemimpin utama Pakatan Rakyat khususnya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.

Mohamad dalam ucapannya malam tadi turut mengulas isu penangkapan tiga oran pemimpin dan aktivis rakyar iaitu Ahli Parlimen Batu Tian Chua, bekas MT Umno Tamrin Ghafar serta aktivis Asalkan Bukan Umno (Abu) Haris Ibrahim... more>



Lebih 50,000 hadiri sambutan kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang 


GEORGETOWN, 19 MEI : Lebih 50,000 rakyat Pulau Pinang menghadiri sambutan kemenangan Pakatan Rakyat Pulau Pinang di Padang Kota Lama, Esplanade malam tadi.

Meskipun pihak polis memberi amaran agar orang ramai menjauhi program tersebut, namun ia berlangsung aman dengan majoriti hadirin yang kebanyakannya anak muda berpakaian baju-T hitam, simbol kematian demokrasi di Malaysia... more>

Siaran langsung himpunan ‘Black 505′ dari Seremban

SEREMBAN 17 MEI: Program Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ peringkat Negeri Sembilan akan diadakan di Pusat Komersil Oakland, Seremban, Negeri Sembilan.

Mereka yang tinggal di sekitar bandar Seremban digalakkan hadir beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik kematian demokrasi di negara ini.

Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung melalui rangkaian internet. Sila klik pautan ini.


Lebih 30,000 berduyun hadiri perhimpunan 505 di JB

Kawasan terbuka dekat cabang PKR Puteri Wangsa berhampiran Ulu Tiram sesak dengan lebih 30,000 orang menghadiri perhimpunan kelima Black 505 Pakatan Rakyat yang berlangsung di Johor Bahru... more

40,000 rakyat Pahang bangkit lawan penipuan PRU

KUANTAN 15 MEI: Hampir 40,000 rakyat Pahang bangkit melawan penipuan pilihan raya pada Himpunan Tolak Penipuan PRU 13 (Black 505) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Pejabat KEADILAN Pahang, Jalan Beserah, Kuantan malam tadi... more

IPOH: 50,000 rakyat banjiri Himpunan Tolak Penipuan PRU 13

IPOH 13 MEI: Hampir 50,000 rakyat semua kaum memenuhi perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat Medan Istana, Ipoh, malam tadi dalam Himpunan ‘Suara Rakyat, Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13′ (Black 505)... more

PULAU PINANG: Ratusan ribu hadir ‘Himpunan ‘Black 505′

Batu Kawan: Walaupun program bermula pada jam 9 malam, namun orang ramai telah mula berhimpun seawal jam 5 petang... more

Ratusan ribu ke himpunan bukti jelas rakyat tolak penipuan PRU

KELANA JAYA 9 MEI: Kehadiran lebih 100,000 pada Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Bantah Penipuan PRU 13 malam tadi bukti jelas rakyat menolak penipuan keputusan pilihan raya umum yang berlangsung Ahad lalu... more

Kelana Jaya

Gelombang #black505 ke Kedah, Terengganu lepas ini

[Akan Dikemaskini] KUALA LUMPUR: 16 Mei, Gelombang #black505 demi menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan pilihanraya diteruskan di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Demikian beritahu Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR dalam kenyataannya hari ini.

Black505 yang seterusnya akan diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelakkan kesesakan.

Tarikh-tarikh bagi #black505 yang seterusnya adalah seperti berikut:

21 Mei 2013 (Selasa) – Kedah

23 Mei 2013 (Khamis) – Terengganu

24 Mei 2013 (Jumaat) - Melaka

Tempat akhir perhimpunan akan dimaklumkan melalui laman media sosial dan kenyataan rasmi yang akan dikeluarkan oleh PKR, beritahu Rafizi.

Menurutnya, semua perhimpunan telah berjalan dengan aman dan mematuhi nasihat Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun beberapa tempat perhimpunan terpaksa diubah di saat akhir.

Penganjur telah menghormati nasihat PDRM untuk menukar tempat perhimpunan di Pulau Pinang, Pahang dan Johor walaupun ia dibuat beberapa jam sebelum perhimpunan.

"Ini tidak sedikit pun melemahkan semangat rakyat terutamanya orang muda untuk turun menyuarakan bantahan dalam simbolik #black505 ini," katanya.

Mengikut anggaran kasar penganjur, seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti #black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram). 

"Saya yakin menjelang minggu depan apabila gelombang #black505 tiba di Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Melaka, lebih setengah juta rakyat Malaysia telah turun menyatakan bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan menolak kerajaan tidak sah yang diterajui Dato’ Seri Najib Tun Razak," katanya.

No comments:

Post a Comment