Monday, May 27, 2013

PASCA PRU-13: Kerajaan Negeri Perak Goyang?




Keadaan sekarang Kerajaan Negeri Perak dalam kedudukan yang rapuh, dan
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, Kerajaan BN Perak tidak mustahil akan tumbang dalam tempoh 6 bulan. Menurutnya, perkara tersebut boleh terjadi melalui petisyen yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di beberapa buah Dun di negeri itu.

"Dulu kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang selepas 11 bulan memerintah, kerajaan BN Perak sekarang ini pula Insya Allah akan tumbang dalam tempoh 6 bulan ini melalui petisyen yang dibuat," katanya.

Lapan Dun tersebut ialah Manjoi, Manong, Pasir Panjang, Rungkup, Lubok Merbau, Selama, Chenderiang dan Tualang Sekah. Kebanyakan kerusi yang dimenangi BN dengan jumlah majoriti yang kecil.

Jika PR memperolehi  2 daripada 8 petisyen yang dibuat itu, ianya sudah cukup untuk menumbangkan BN seterusnya Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan di Perak.










No comments:

Post a Comment