Monday, May 20, 2013

Menteri Yang Boleh Diiktiraf Manusia Terhebat Di Dunia Abad Ini!.




Manusia terhebat di dunia, Itu gelaran yang patut diberikan pada manusia ini. Hebat! Gren Bangat loh! kata orang Indonesia. Cuba bayangkan andai saja seorang lelaki berkahwin dua pun pening memikirkan... hari ini apa jawapan tipu sunat yang nak dijawab pada isteri yang satu lagi...

Manusia hebat ini mungkin memerlukan 25jam sehari untuk memikirkan semua penyelesaian masalah. Kata orang lebih senang menjaga lembu sekandang dari menjaga orang... 

Mungkin ada alasannya?, akan diserahkan nanti pada wakil Cina yang terang2 sudah tidak akan menerima apa2 jawatan kerana masyarakat Cina itu sendiri telah menolak mereka untuk mewakli mereka di DUN atau di Dewan Negara. Kira2 ada juga maruahnya..

Manusia spesis yang luar biasa ini mungkin boleh dikelaskan pada dua kategori: 

Pertama: Membuat kerja seiklasnya, memegang 7 jawatan dan hanya menerima satu gaji sahaja dan elaun; atau,

Kedua: Sendiri luluskan projek, sendiri jadi consultant nya dan sendiri yang sain cek!


Adnan Yaakob pegang 6 portfolio

KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob hari ini mengumumkan senarai portfolio Anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang.
  
Adnan sendiri mempengerusikan enam jawatankuasa iaitu:

  • Datuk Seri Adnan Yaakob (Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran)
  • Datuk Seri Adnan Yaakob (Jawatankuasa Pelaburan dan Perindustrian)
  • Datuk Seri Adnan Yaakob (Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan Kebajikan Masyarakat)
  • Datuk Seri Adnan Yaakob (Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan)
  • Datuk Seri Adnan Yaakob (Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan dan Sistem Penyampaian Awam)
  • Datuk Seri Adnan Yaakob (Jawatankuasa Khas Perpaduan)
  • Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan)
  • Datuk Mohd Soffi Abd Razak (Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar).
  • Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran)
  • Datuk Shafik Fauzan Sharif (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani).
  • Datuk Shahiruddin Ab Moin (Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan)
  • Datuk Abu Bakar Harun (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda)
  • Datuk Mohd Johari Hussain (Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan)
  • Norol Azali Sulaiman (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas)
  • Datuk Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia)
  • Syed Ibrahim Syed Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas).

- Bernama

@syabas, boleh dimasukin dalam gueness rekod neh! Gren bangat! Ngomong yang paling sopan gimana yaa... harusnya tamak haloba!

No comments:

Post a Comment