Monday, February 25, 2013

Nurul Izzah ikon Asia


Nurul Izzah Anwar


Puteri Refomasi ini mendapat pengiktirafan dari Luar..
Dikemukakan saman baru2 ini kerana dituduh buat Prokasi terhadap
Raja Nong Chik untuk Berdebat!
Bagaimanapun Raja itu telah menolak cabaran itu,
Sebagaimana Najib Razak yang tidak mahu berdebat dengan Bapanya...


Nurul Izzah ikon Asia, sebaris Aung San Suu Kyi
 Gerbang berita Filipina, Inquirer.net, menyenaraikan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sebagai antara personaliti Asia yang ‘membawa harapan baru untuk membentuk Asia menjadi tempat lebih baik’.

Aung San Suu Kyi

Nurul Izzah disenaraikan bersama pemenang Hadiah Nobel Keamanan dari China, Liu Xiaobo, pejuang demokrasi Burma Aung San Suu Kyi, peninju serta ahli politik Filipina Manny Pacquiao, dan pasukan gusti wanita dari India.

Liu Xiaobo

Dalam laporannya, Inquirer menyifatkan Izzah sebagai pemimpin yang muda tetapi mempunyai agenda yang besar untuk masyarakat.

“Nurul Izzah-graduan ijazah sarjana dalam hubungan antarabangsa dari Johns Hopkins University-dilihat anggota parti sebagai ahli politik yang serius dalam KEADILAN,” kata Inquirer.

Manny Pacquiao

Dalam laporan yang sama juga, Inquirer berkata selepas menang pemilihan Naib Presiden, Nurul Izzah kini berjaya keluar daripada imej sebagai anak Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“(Ahli parti) kini beranggapan Nurul Izzah satu personaliti yang tersendiri, bebas dari bayangan Anwar Ibrahim,” kata Inquirer.

Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, adalah salah seorang daripada empat Timbalan Presiden KEADILAN yang baharu selepas menang dalam pemilihan parti November lalu.

No comments:

Post a Comment