Wednesday, February 20, 2013

Dunia Siber: Setelah Mengodam, Mengugut Pula



Puteri Arab Saudi diugut bayar RM1.5j

Puteri Basmah, Kerabat Diraja Saudi

 Kenalan di Facebook godam komputer, curi rakaman video

London: Kerabat diraja Arab Saudi, Puteri Basmah Binti Saud bin Abdulaziz bertindak membuat pendedahan selepas komputernya digodam dan diugut rakaman video gambarnya akan disiarkan kepada umum, kecuali jika beliau membayar sejumlah wang.
Walaupun bukan rakaman seks, video terbabit yang menunjukkan puteri berkenaan tidak bertudung, merokok dan melontarkan ciuman ke arah kamera dilihat sebagai satu skandal bagi masyarakat Arab Saudi.

“Saya rasa terpukul secara fizikal, psikologi dan mental,"
Puteri Basmah, Kerabat Diraja Saudi


Islam sederhana
Akhbar British, Sunday Tele-graph melaporkan bahawa Puteri Basmah, seorang Islam sederhana dan juga aktivis hak asasi manusia berkata beliau menerima ugutan agar membayar £320,000 (RM1.5 juta) jika tidak mahu rakaman itu disiarkan kepada umum.

Basmah, 48 yang tinggal di Britain memutuskan untuk menangani sendiri perkara itu walaupun ia mungkin memberi kesan kepada ibu lima anak itu.

Basmah berkata beliau ada berkenalan dengan seorang rakan melalui Facebook ketika percutian di Scotland.

“Beliau menghantar mesej dan memberitahu tertarik dengan kerja saya, meminati tulisan saya dan saya sebagai seorang wira dalam dunia Arab,” katanya.

Puteri itu dan lelaki yang digelarnya ‘Sheikh mula berbual melalui panggilan video Skype, di mana lelaki terbabit menyatakan keinginan untuk berjumpanya secara peribadi, menyebabkan beliau mula curiga.

“Saya rasa terpukul secara fizikal, psikologi dan mental,” katanya kepada Sunday Telegraph.

Basmah yakin bahawa Sheikh terbabit mempunyai hubungan dengan seseorang di Twitter yang menggunakan nama Mujtahhid, perisik Arab Saudi yang dikenali membocorkan maklumat melalui akaun Twitter mengenai keluarga diraja Saudi. – AGENSI

No comments:

Post a Comment