Friday, February 22, 2013

Puncak Niaga Mahu Meneliti Tawaran Dulu



Perkara ini tidak akan menjadi kenyataan..
Kerana bisnes ini merupakan Lukah…
Lukah adalah alat paling mujarab
Untuk memerangkap Ikan…
Tidak kira apapun keadaan, samada…
Di Air Keroh mahupun Jernih…

Hanya Air Bah saja yang mampu menjahanamkan Lukah ini…
Menurut Nujum Pak Belalang, Air Bah itu akan datang juga…..
dalam tempoh kurang dari 60 hari lagi….



Puncak Niaga Holdings Bhd akan meneliti tawaran
Puncak Niaga Holdings Bhd akan meneliti tawaran pengambilalihan dua anak syarikat itu untuk proses pengambilalihan industri air di Selangor, kata Pengerusi Eksekutifnya Tan Sri Rozali Ismail.
   
Beliau berkata Puncak Niaga Holdings telah menerima surat daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) bagi pihak kerajaan Negeri Selangor berkaitan tawaran pengambilalihan dua anak syarikatnya, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), kelmarin.
   
"Pihak Puncak Niaga akan meneliti tawaran tersebut dengan membuat kajian yang menyeluruh dan terperinci mengikut semua prosedur syarikat sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya dalam satu kenyataan semalam.
   
Puncak Niaga Holdings, antara lain, akan mendapatkan pandangan dan kelulusan anggota lembaga pengarah, pemegang saham minoriti serta pihak berkepentingan dengan dua syarikat itu, termasuk institusi kewangan, instrumen jaminan lain dan badan berkuasa, katanya.
   
Rozali berkata Puncak Niaga juga perlu mendapatkan pandangan kerajaan Persekutuan selaku pemegang saham emas dalam Syabas.

"Pada masa yang sama, syarikat perlu menentukan apa-apa perkara yang kurang jelas dalam surat tawaran tersebut, sekiranya ada," katanya.
   
Semalam, kerajaan negeri Selangor membenarkan KDEB membuat tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk mengambil alih empat syarikat pemegang konsesi air di negeri itu iaitu Syabas, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash).
   
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pengambilalihan keempat-empat syarikat ini, termasuk liabiliti mereka, akan dilakukan KDEB menerusi 'special purpose vehicle' iaitu anak syarikat kumpulan itu yang akan mengendali pengambilalihan ini nanti.  
   
Dalam pada itu, Rozali melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan kenyataan Abdul Khalid kononnya jika syarikat konsesi menolak tawaran tersebut, bermakna ia menolak tawaran rakyat negeri Selangor.
   
Sebagai bekas tokoh korporat, katanya, Abdul Khalid sepatutnya memahami bagaimana sesebuah syarikat, terutama syarikat yang disenarai di Bursa Saham, beroperasi.
   
Beliau berkata mengeluarkan kenyataan sedemikian memberikan gambaran bahawa Menteri Besar langsung tidak memahami bagaimana sesebuah entiti perniagaan berstatus syarikat terbitan awam beroperasi dan tidak memperakui perkara yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi.
   
- Bernama

No comments:

Post a Comment