Monday, February 18, 2013

Protes Dah Jadi Budaya Politik di Malaysia


Ini Petandanya PRU-13 dah makin dekat
Kalu tak minggu depan, bulan depan sahih!
Sebab di media sebok benda-benda ni…
-Ada berita Janda2 nak saman MB
-Ada berita ibubapa saman nak mintak duit poket anak RM50
-Ada berita Saman tak bagi rebate air
-Ada berita saman tak bagi bantuan sekolah
-Ada berita fasal Kalimah
-Ada ahli UMNO masuk Pas, Ahli PKR masuk UMNO
-Ada ngaku ahli Pas kutuk Pas


Ni puak mana pulak ni… lain macam sangat
Kalau tak puas hati, cakap pada ketua2 yang macam MLM tu
Tau ke tidak protokol ni..
Kalau nak tunjuk perasaan buat betul2
Jangan nak control hensem, bukan main2 sorok muka
Tengok pakaian saja, budak tadika pun dah boleh agak puak mana ni..
Nak Tanya sikit! Berapa suda Masyukkk!  



Ada sesapa kenal Diaorang ni? 
AJK Pas Pasir Gudang sila buat kerja sikit!


Ahli Pas bantah DAP
JOHOR BAHRU - Sekumpulan 20 individu mendakwa diri mereka ahli Pas Bahagian Pasir Gudang hari ini mengadakan demonstrasi aman membantah tindakan pemimpin pakatan pembangkang dari DAP dan PKR yang terus mempersoalkan keputusan Majlis Syura Ulama Pas berhubung isu kalimah Allah.

Perhimpunan aman di pekarangan Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang dekat sini berlangsung kira-kira 10 minit dengan para peserta membawa beberapa poster mengecam kepimpinan pakatan pembangkang.

Wakil kumpulan berkenaan, Abd. Razak Mansur melahirkan kekecewaan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil enggan menerima keputusan melarang penggunaan kalimah terbabit oleh orang bukan Islam.

"Pemimpin Pas tidak seharusnya mengikut rentak kepimpinan pembangkang yang lain tetapi perlu menghormati keputusan yang dibuat Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

"Kami juga tidak ralat jika Pas membuat keputusan keluar daripada pakatan pembangkang ini yang jelas menunjukkan DAP dan PKR tidak hormat kita dan hanya memperkudakan kami sebagai petugas ketika pilihan raya," katanya kepada pemberita. - Utusan Melayu

No comments:

Post a Comment