Saturday, February 23, 2013

Bala Sudah Mari!: PI Bala Pulang Ahad Ini




Apakah Bala ini akan ditimba 'bala' seperti En. Nick Xenophon?
Sama-masa kita tunggu khabar beritanya..
Maka akan gegak gempitalah jika Bala bersama Saudagar Permaidani itu
Pusing satu Malaya seperti Santa menabur hadiahnya...

---------------------


PI Bala pulang semula menetap di M'sia Ahad ini
Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang menjadi masyhur kerana membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, akan kembali semula menetap di Malaysia Ahad ini.

Dalam berkomunikasi melalui emel dengan Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau juga mahu menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

"Ianya rasmi. Saya akan kembali semula ke tanahair pada hari Ahad, mudah-mudahan berkekalan.

"Terdapat keperluan untuk berubah dan saya berharap Pakatan akan memerintah. Saya berharap untuk menjelajah ke seluruh membantu kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ini," katanya.

Ini juga disahkan oleh peguamnya, Americk Singh Sidhu, yang berkata orang ramai akan hadir menyambut Balasubramaniam apabila dia tiba pada hari Ahad.

Americk berkata beliau juga akan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyambut Balasubramaniam, dengan mengambil kira kemungkinan bekas penyiasat persendirian itu menghadapi masalah dengan Jabatan imigresen.

'Saya tidak melakukan apa-apa yang salah'

Balasubramaniam, yang selama ini tinggal di India, telah beberapa kali pulang ke Malaysia secara senyap-senyap.

Semasa berada di tanahair pada bulan Ogos lalu, beliau mengadakan temubual dengan Malaysiakini di mana beliau mendakwa, antara lain, terdapat tawaran untuk merasuahnya untuk memburuk-burukkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada beliau merasa takut berada di khalayak ramai apabila dia kembali di Malaysia nanti, Balasubramaniam menjawab tidak.

"Mengapa mereka harus tangkap saya? Apa salah saya? Saya bersama Malaysiakini bila balik dulu dan dapat kembali semula (ke India). Mereka tidak halang saya. –malaysiakini.

No comments:

Post a Comment