Friday, February 1, 2013

Manchester United kelab terkaya di dunia

TORONTO - Manchester United muncul kelab sukan profesional pertama di dunia yang berjaya melepasi nilai lebih AS$3 bilion (RM9.23 bilion), menurut majalah Forbe kelmarin.
Ia sekali gus menjadikan gergasi England itu muncul kelab terkaya di dunia buat masa ini bagi mengatasi kelab di tangga kedua, Dallas Cowboy (American Football) di Amerika Syarikat (AS).

Penilaian itu dibuat berdasarkan kenaikan harga saham kelab itu di Bursa Saham New York berbanding ketika kali pertama disenaraikan tahun lalu.

Mengikut fakta semasa, nilai sebenar United ketika ini ialah AS$3.3 bilion (RM10.16 bilion) manakala Dallas Cowboy bernilai AS$2.1 bilion (RM6.46 bilion).

Menurut Forbes lagi, turut menyumbang kepada peningkatan nilai United itu ialah perolehan daripada pendapatan iklan.

Permintaan tinggi pengiklan juga menjadikan United cukup berpotensi untuk muncul sebagai kelab yang menerima bayaran tertinggi dalam Liga Perdana England dan Liga Juara- Juara.
United yang mendakwa mempunyai 659 juta penyokong di seluruh dunia kini dimiliki keluarga Glazer dari AS.

Berikutan itu, pemiliknya telah meningkatkan penguasaan dalam pegangan saham kelab tersebut sejak menyenaraikannya di Bursa Saham New York.
Saham United ketika ditutup di New York kelmarin, jatuh 41 sen kepada AS$16.48 (RM50.72) sesaham. - Reuters


No comments:

Post a Comment