Saturday, March 23, 2013

Lahad Datu: Saki Baki Pengganas Kini Tertekan




Perkembangan tekini kronologi Sabah di ceroboh pengganas Sulu. 


-Pengganas serang dari arah belakang -Lans Koperal Mohd Zariman

-Sekumpulan wanita Sulu yang direkrut menjadi penembak tepat oleh gerombolan pengganas yang diketuai Azzumuddie Kiram yang menceroboh negeri ini sejak 12 Februari lalu, kini dipercayai hidup menderita kerana tiada makanan.

-Mereka kini dipercayai hilang arah menyembunyikan diri di dalam hutan selepas Azzumuddie sudah meninggalkan kumpulan tersebut manakala pasukan keselamatan pula giat melancarkan Ops Daulat bagi memburu saki-baki pengganas itu.

-Baki pengganas wanita yang bersembunyi kini dipercayai hidup dalam keadaan kusut masai dan badan kurus kerana tiada makanan.

***********************************

Saki baki pengganas di Lahad Datu kini berada dalam keadaan tertekan selepas sebahagian rakan mereka ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata penahanan dan pendakwaan itu memberi kelebihan kepada pasukan keselamatan negara.

“Pasukan keselamatan kita lebih yakin dan bersemangat untuk terus berjuang bagi memastikan kumpulan pengganas dapat dihapuskan dalam masa terdekat seterusnya memastikan keselamatan dan keamanan dapat dikekalkan." Katanya.

8 mayat lagi mayat pengganas Kiram dibawa keluar

LAHAD DATU 23 Mac - Pasukan keselamatan mengeluarkan lapan mayat pengganas Kiram dari kawasan perkampungan Tanjung Batu di sini semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan mayat pengganas yang dibawa keluar seramai 38 orang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasukan keselamatan juga telah mengesan enam lagi mayat pengganas yang akan dibawa keluar hari ini.

Tali barut pengganas ditahan

Seorang tali barut pengganas Kiram yang bertindak mengatur keperluan pengganas sepanjang pencerobohan ditahan bersama isterinya di kawasan Kampung Tunku di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pasangan suami isteri terbabit merupakan rakyat Malaysia dan berusia lingkungan 40-an.

Lelaki dipercayai Menteri Pertahanan Sulu ditahan di Semporna

Pasukan keselamatan menahan lelaki dipercayai Menteri Pertahanan Sulu bersama isterinya di kawasan paya di Semporna di sini awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan suami isteri berusia lewat 40-an itu dilakukan kira-kira 1.30 pagi ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment