Friday, March 15, 2013

Lahat Datu: Ajmain Cerita Saat Cemas

 



Ajmain cerita hampir disembelih leher
LAHAD DATU  - "Jika tidak kerana kuasa Allah, saya sudah tiada hari ini akibat disembelih oleh kumpulan pengganas Sulu".

Itulah yang diceritakan seorang penduduk Kampung Tanjung Batu, Ajmain Mahmod (gambar), 35, mengenai detik-detik cemas ketika pengganas itu memasuki kampung berkenaan sebelum menjadikannya tawanan pada 4 Mac lalu.

Katanya, dalam kejadian itu, kira-kira 60 pengganas bersenjata api dan parang menuduhnya bertanggungjawab melaporkan kehadiran mereka kepada pasukan keselamatan.

"Saya turut ditampar berkali-kali dan disepak sebelum diugut untuk disembelih di hadapan keluarga sebagai pengajaran kepada penduduk kampung yang lain.

"Saya bernasib baik kerana ada seorang pengganas itu, saya rasa ketua mereka yang menghalang tindakan itu selepas saya merayu. Mereka kemudian menyuruh semua penduduk kampung berkumpul dalam satu kawasan," kata bapa kepada seorang anak itu semasa ditemui di Kampung Fajar Harapan di sini, hari ini.

*************************************

Pengganas cari air
Lahad Datu: Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman.

Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu.

Seorang wanita berusia 25 tahun yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu Harian Metro, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin.

“Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air,” katanya.

Menurutnya, sebelum lelaki itu muncul dia terkejut apabila dibaling buah sawit sebanyak dua kali.

Lihatlah apa 'kabaikan' yang mereka telah lakukan...

RUMAH penduduk Kampung Tanjung Batu musnah dibakar pengganas Sulu
KEDAI runcit milik penduduk yang dipecah masuk pengganas Sulu.

No comments:

Post a Comment