Wednesday, March 20, 2013

Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)





 Ibu segala skandal melibatkan dana sejumlah RM250 juta.

Ketua Wanita Umno yang juga bekas Menteri Pembagunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil didakwa mempunyai kepentingan dalam kelulusan projek penternakan lembu fidlot yang dianugerahkan kepada syarikat suaminya.

Perdana Menteri Najib Razak pada 2007, ketika projek NFC diluluskan adalah Pengerusi Projek Impak Tinggi Negara. Timbalannya, Muhyiddin Yassin merupakan Menteri Pertanian yang meluluskan dana kepada NFC.

Projek NFC hanya menternak sejumlah 8,016 ekor lembu dalam tempoh 2008 – 2010. Sepatutnya projek itu menghasilkan 60,000 ekor lembu setahun.

Sebahagian besar dana didakwa dibelanjakan untuk membeli kereta mewah, percutian dan mendanai perniagaan keluarga Shahrizat di Singapura.

@ Shahrizat telah mengemukakan Kes saman fitnah RM100 juta menentang Rafizi dan ketua wanita PKR Zuraida Kamaruddin. Perbicaraan bermula 10 Okt 2013.


No comments:

Post a Comment