Pengarah ajak Zeehan teman
tidor untuk dapat watak utama
SATU lagi berita yang mengemparkan
industri hiburan tanah air menghiasi muka depan akhbar.
Laporan menyebut, seorang artis baharu, Zeehan Husin mendedahkan budaya
kotor dunia seni tanah air masih berlak apabila dia dikejutkan dengan
permintaan seorang pengarah terkenal untuk menjadi peneman tidur semata-mata
bagi mendapatkan watak utama dalam drama arahannya.
Zeehan |
Zeehan, 30, yang pernah muncul dalam drama bersiri seperti Pesona Sukma,
Nur Kasih, Aku Tak Gila, Lela Manja dan Wanita Coklat itu bagaimanapun menolak
permintaan tersebut.
"Saya masih waras. Hingga kini saya tidak lagi ditawarkan berlakon
oleh pengarah itu," katanya yang mendakwa, ada artis baharu lain yang
dipercayai telah menjadi mangsa pengarah tersebut.
Sementara itu dalam laporan berasingan, Persatuan Seniman Malaysia
(Seniman) menggesa penggiat seni tanah air yang berdaftar di bawahnya supaya
segera melaporkan kepada mereka sekiranya pernah diminta habuan seks untuk
tindakan termasuk disenaraihitamkan.
Presidennya, Zed Zaidi berkata, mereka yang menjadi mangsa kepada tindakan
tidak bermoral segelintir pengarah ataupun penerbit drama dan filem itu perlu
memberanikan diri untuk tampil melaporkan kes seumpama itu.
Zed |
Menurutnya, mangsa boleh melaporkan kes kepada Biro Aduan dan Perundangan
Seniman supaya tindakan selanjutnya dapat diambil. Seniman akan merujuk kepada
Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia
(PFM) bagi menentukan sama ada terdapat ahli mereka yang terlibat.
Menurut Zed, Seniman memerlukan kerjasama semua pihak untuk membendung
masalah tersebut yang telah berlarutan begitu lama walaupun hanya melibatkan
segelintir pihak. (MD)
No comments:
Post a Comment