Ini berita baek...
Baik dan sepadan 2007, 2008
Tapi tak boleh lawan dividen Bank Rakyat...tahun ini 18 peratus
KWSP bila lagi???
****************
KUALA LUMPUR - Pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) akan menerima dividen dan bonus 16 peratus bagi tahun kewangan 2012,
naik satu peratus berbanding tahun sebelumnya.
Bayaran itu merangkumi dividen tujuh peratus, bonus satu
peratus dan bonus khas lapan peratus dalam bentuk unit amanah, yang turut
mencerminkan kenaikan 11.6 peratus di dalam pembayaran keseluruhan berbanding
RM680.4 juta yang dicatatkan pada 2011.
Purata tahunan kadar dividen dan bonus semenjak
ditubuhkan iaitu 40 tahun yang lalu adalah 11 peratus, bagi 10 tahun lalu
adalah 14.8 peratus dan bagi lima tahun kebelakangan ini pula 15 peratus.
LTAT mencatatkan pendapatan tidak diaudit lebih tinggi
RM907.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.
Ini merupakan kenaikan 5.5 peratus berbanding dengan
RM860 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama 2011.
Ia juga merupakan pendapatan paling tinggi dicatatkan
sejak kewujudan 40 tahun LTAT, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi.
Katanya, ahli-ahli yang layak akan mendapat dividen dan
bonus berjumlah 16 peratus yang berjumlah sehingga RM759.3 juta iaitu 1.0
peratus lebih tinggi berbanding 15 peratus yang dikeluarkan sebelum ini.
@ camana kata paling tinggi sejak 40 tawon???
No comments:
Post a Comment