Abdul Khalid (tengah) merasmikan Konvensyen Pencerdasan Rakyat dan Pelancaran Akademi Pendidikan Kewarganegaraan dan Demokrasi |
MB Selangor: Rakyat pegang saham air RM10 bilion, hadiah
kerajaan negeri
SHAH ALAM - Hak milik air di negeri Selangor akan
diserahkan kepada rakyat, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat di negeri ini akan menjadi
pemegang saham berjumlah RM10 bilion.
“Ini adalah ‘bayaran’ untuk rakyat Selangor kerana
memberi mandat kepada saya sebagai Menteri Besar,” katanya ketika merasmikan
Konvensyen Pencerdasan Rakyat dan Pelancaran Akademi Pendidikan Kewarganegaraan
dan Demokrasi, di sini semalam.
Abdul Khalid berkata, beliau mentadbir Selangor
berdasarkan standard diberikan rakyat iaitu tanpa rasuah, kroni dan bekerja.
“Saya telah cuba capai standard yang diinginkan rakyat dan
cubaan ini membuahkan rezeki.
“Oleh sebab itu, kalau kita (kerajaan negeri) berjaya,
maknanya rakyat juga berjaya. Salah satu usaha yang saya akan lakukan ialah
menyerahkan hak milik air kepada rakyat Selangor.
"Disebabkan kebodohan kita, monopoli air diberikan
kepada swasta dan membuatkan keadaan semakin parah, apabila mereka hanya
fikirkan untung dan wang," katanya.
Beliau berkata, sekiranya hak milik air diberikan kepadarakyat, ia dikongsi bersama dan tiada sesiapa rugi dalam hal itu.
Menurutnya. apabila dimiliki rakyat, keuntungan diperoleh
juga milik rakyat kerana pembayaran dibuat lebih baik.
“Mari kita buat perubahan untuk pembangunan rakyat. Kita
berani sebab kita tiada kepentingan dan tidak mendapat habuan untuk usaha itu,”
katanya.
Kerajaan negeri Selangor menerusi anak syarikatnya,
Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil
alih operasi air daripada Syarikat Bekalan Air Sdn Bhd (Syabas) terlebih dahulu
sebelum meneruskan dengan syarikat-syarikat pemegang konsesi air lain.
No comments:
Post a Comment