Moga dipermudahkan urusan...
Ia sepatutnya medan membantu rakyat
Bukan medan membuat duit
**************************
KUALA LUMPUR - Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
hari ini membuat keputusan membenarkan Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) membuat
tawaran bernilai RM9.65 bilion untuk memulakan proses pengambilalihan
syarikat-syarikat konsesi air Selangor.
Surat tawaran kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn
Bhd (Syabas), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat
Pengeluar Air Selangor Holding (Splash) dikeluarkan secara rasmi hari ini.
"Pengambilalihan itu merupakan sebahagian usaha
untuk memulangkan hak air kepada penduduk Selangor," kata Menteri Besar
Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan.
Beliau berkata kerajaan yang dipilih secara demokrasi
oleh rakyat untuk memimpin negeri itu, patut bertanggungjawab mengurus industri
air.
Pengambilalihan ini akan memberi impak penting ke atas
kehidupan rakyat, dengan penduduk
Selangor akan terus menerima 20 meter padu air percuma sebulan dan tidak terperangkap
dengan kenaikan tarif air yang tidak adil dan membebankan, katanya.
"Kerajaan negeri yakin pengambilalihan ini akan
berjalan lancar berdasarkan penawaran ini merupakan kaedah terbaik bagi
penduduk Selangor mempertahankan hak mereka kepada air berkadar rendah.
"Kerajaan negeri menjangkakan harga tawaran yang
tinggi itu akan menyelesaikan masalah penswastaan air yang jelas gagal
menawarkan tahap perkhidmatan yang boleh diterima rakyat dan berharap semua
yang terlibat, termasuk Tan Sri Rozali Ismail, tidak prejudis terhadap usaha ini," kata Khalid.
Beliau juga berkata penawaran ini tidak akan menyebabkan
kerugian ke atas mana-mana syarikat terlibat memandangkan jumlah itu merupakan
pulangan 12 peratus setahun ke atas ekuiti berbanding purata pulangan untuk
industri air sebanyak enam peratus.
"Selain itu, semua liabiliti juga akan diambil
alih," katanya. Khalid berkata pendirian kerajaan negeri Selangor mengenai
hak untuk memperoleh air diberikan kepada penduduk Selangor adalah konsisten
dan ia akan menyelesaikan masalah pengurusan industri air. – Bernama
No comments:
Post a Comment