Macam-Macam Idea baru dilontarkan
Kreatif dan menarik perhatian
Juga pintar mencuri perhatian
Itulah Gadis Jepun…
******************
Tokyo- Ia negara yang terkenal kerana
cara unik untuk mengiklankan produk. Tetapi, Jepun kini melangkah satu tapak ke
depan dengan wanitanya menyewakan paha mereka untuk syarikat memasarkan produk
masing-masing dengan kadar bayaran tertentu.
Dengan tanggapan bahawa iklan yang baik
perlu diletakkan di tempat orang akan memberikan tumpuan, paha wanita sudah
pasti menjadi pilihan paling sesuai.
Dan strategi pemasaran pintar itu sudah
terbukti menjana kejayaan.
Setakat November lalu, kira-kira 1,300
wanita muda mendaftarkan paha mereka untuk dijadikan ruang iklan dengan
syarikat perhubungan awam, Absolute Territory dan jumlah itu semakin meningkat.
Paha mereka ditampal iklan dan mereka
menjalani kehidupan seperti biasa, memakai skirt pendek dan mempamerkan anggota
itu sebaik mungkin.
Selagi iklan itu berada di paha mereka
selama lapan jam sehari atau lebih, tugas mereka selesai dan mereka akan
dibayar.
Sebagai bukti mereka melakukan tugas
berkenaan, peserta perlu memuatnaikkan gambar mereka ‘memakai’ iklan itu pada
laman Facebook, Twitter atau laman sosial lain milik mereka.
Dan bukan setakat syarikat pengeluar
produk saja mendapatkan khidmat mereka.
Sebuah kumpulan rock, Green Day juga
menggunakan khidmat sama untuk mempromosi album baru mereka, !Uno!
Menurut jurucakap Absolute Territory,
Eichi Atsumi, garis panduan perlu dipatuhi ialah mereka mendaftar menjadi iklan
bergerak itu perlu mempunyai rangkaian 20 atau lebih orang dalam laman sosial
dan mereka mesti berusia 18 tahun ke atas. - Daily Mail
No comments:
Post a Comment