Sebahagian
penjawat awam bertafakur dan berdoa memberi penghormatan kepada anggota
keselamatan
yang terkorban di Wisma Bapa Malaysia hari ini.
|
PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi
semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan
(KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam
akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak
RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13
bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di
sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta
menteri-menteri Kabinet.
Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan
sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan
Transformatif (STI).
Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013
semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan
diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang
berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini
(2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.
"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam
bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada
negara," katanya.
Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan
dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan
berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga
peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk
memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang
ditetapkan.
Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada
pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31
Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh
dilaksanakan. - Bernama
AKAN MENYUSUL
No comments:
Post a Comment