Beberapa buah trak polis yang membawa anggota tentera masuk ke dalam ladang kelapa sawit berhampiran Kampung Tanjung Labian, 14 kilometer dari Felda Sahabat 17. |
LAHAD DATU: Selepas seminggu Operasi Daulat, polis pada
Isnin mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan
lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.
Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk
membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai
Bilis.
Ahad lalu, seorang penceroboh ditembak mati di Kampung
Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54
orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan,
kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada
dalam zon larangan Operasi Daulat.
Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan
ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi
susulan dan penggeledahan bagi
Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu
Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza
berkata 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital
untuk bedah siasat.
Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar
mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang
mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.
Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris pada
Isnin bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya
melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan
tegas menolak dakwaan berkenaan.
"Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya
tangkap," katanya.
Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan
menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.
"Saya nafikan sekeras-kerasnya. Sehingga kini tiada
laporan polis diterima mengenai keganasan yang dilakukan pihak
keselamatan," katanya.
Beliau berkata kejadian pada Ahad yang menyebabkan
seorang lelaki cedera dan seorang remaja lelaki maut berlaku hampir dengan
rumah yang menjadi sasaran pasukan keselamatan.
"Orang kampung biasa semuanya telah
dipindahkan," katanya.
Sejak krisis pencerobohan lapan anggota polis terkorban
dalam serangan pengganas iaitu dua di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam di
Semporna pada 2 Mac. BERNAMA
No comments:
Post a Comment