Saturday, November 30, 2013

Lihat sini Rumah Mewah Baru David Beckam






Struktur di bahagian luar rumah agam baru Beckhams ' yang terletak di London, kekal tidak diubah sejak 150 tahun lalu.

Mengikut sejarah, Dalam tahun 1920-an seorang diplomat Peru pernah tinggal di sini, dan pada tahun 1930 ia menjadi sebuah rumah asrama untuk wanita.

Menjelang 1990-an, wajah mewah rumah itu ditambah dengan cermin dan kompleks kolam renang bawah tanah yang luas. Rumah itu dibeli oleh orang kaya seorang pembiak baka kuda. Pada tahun 2005, sebuah syarikat induk yang berpangkalan di Guernsey membeli hartanah dan ia dipercayai telah diduduki selama beberapa tahun. Pemilik baru minggu ini telah didedahkan sebagai Victoria dan David Beckham.



Apabila pemain bola sepak itu bersara, isterinya juga pereka fesyen dan empat orang anak-anak mereka mendiami rumah itu. Pasangan itu, yang sebelum ini telah menyewa hartanah di Kensington sejak Januari lalu. Untuk memiliki rumah itu, mereka telah membayar lebih daripada £30 juta. Rumah yang terletak di Royal Borough of Kensington dan Chelsea.


Dengan keluasan 9,000 kaki persegi, ia adalah salah satu rumah yang terbesar terdapat di kawasan itu, rumah yang dilengkapi dengan 8 bilik tidur dan 7 bilik mandi.

Victoria, 39, telah mengarahkan pereka dalaman Kelly Hoppen untuk mengubah suai rumah, dengan anggaran kira-kira £5 juta.

Selepas perbincangan, rancangan untuk pengubahsuaian telah dikemukakan kepada majlis tempatan, Walaupun status harta tanah Gred II yang menghalang perubahan besar kepada struktur luaran bangunan. Namum, Victoria mempunyai idea tentang apa yang dia mahu dilakukan pada bahagian dalamannya...

Jom kita melawat Beckingham Palace, Mark II - Victoria dan David Beckham yang hidup mewah, bermula di bahagian tingkat bawah rumah 5 tingkat itu.



Di tingkat bawah terdapat gym yang luas dan kawasan mengurut (kolam itu  telah dikeluarkan beberapa tahun dahulu).

Menurut rakan, bekas ahli Spice Girl itu bertukar karier menjadi pereka fesyen dan berharap menggunakan sentuhannya untuk mencipta spa yang mewah.

“Akan ada empat katil untuk mengurut, aukurium ikan yang menenangkan, dan terdapat air mengalir pada dinding ," kata rakannya.

Di dewan berhampiran kawasan urut terdapat dua bilik penyimpanan boot milik Voctoria.

Terdapat sebuah bilik permainan untuk ketiga-tiga anak mereka, Brooklyn berusia 14 tahun, Romeo, 11, dan Cruz, lapan, dan anak perempuan Harper, 2. Juga terdapat bilik utiliti dan stor penyimpanan makanan.

Bergerak ke atas ke tingkat bawah , akan ada ruang tamu keluarga, dapur yang besar menuju ke ruang makan dan 'pejabat di rumah' untuk Victoria.

Pintu masuk ke pejabat Victoria akan menjadi seperti 'pintu gaya ajaib' yang rahsia. Jenis kelihatan seperti rak buku di bahagian hadapan yang boleh dipusingkan. Ala-ala seperti dalam filem James Bond gitu.

Dapur pula terletak di tengah-tengah.

'Walaupun Victoria jarang-jarang memasak, tetapi dapurnya akan kelihatan seperti yang terdapat di restoran,' kata sumber itu.

Tingkat Pertama - Keluasan 2,000 kaki persegi itu,

rumah bersaiz keluarga besar itu akan menempatkan hampir keseluruhannya ruang bilik tidur Victoria dan Beck.

Bilik tidur utama dan bilik mandi dalam bilik sahaja mengambil kira-kira 1,000 kaki persegi.

Ditingkat ini juga terdapat bilik persalinan bersaiz besar dan bilik persalinan yang sederhana besar.

Menurut rakan, bilik persalinan Victoria akan mempunyai laluan gaya catwalk 'landasan' kayu, di mana dia boleh perarakan pakaian barunya.

Di dalam almari pakaian pula boleh dikendalikan dengan butang eletronik. Tekan butang jer baju pun mari.. cam James Bond la pulak.

Minggu lepas, Victoria mendermakan beberapa pakaiannya kepada Palang Merah untuk mengumpul dana sumbangan buat mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

Menurut rakan lagi, akan terdapat empat bar kuku, empat kerusi yang melekat seperti di saloon mendandan rambut sebenar dan tempat solekan dengan cermin yang besar dan dikelilingi oleh lightbulbs, seperti berada di belakang pentas teater.

'Victoria hanya mahu 4 tidak lebih, kerana dia mempunyai kawan-kawan, seperti Tana Ramsay, isteri kepada Gordon Ramsay,' kata rakan.

Di tingkat atas, tingkat dua pula terdapat tiga bilik tidur, semua dengan bilik mandi lengkap, untuk kanak-kanak lelaki Beckham .

Kanan di bahagian atas rumah, di tingkat tiga, akan menjadi tempat riadah. Terdapat meja pool, serta mini bar.

Terdapat tiga bilik tidur untuk tetamu, semua dengan bilik mandi lengkap dan satu dengan bilik persalinan.

Sistem keselamatan akan dipasang di seluruh rumah.

Beckhams telah memilih Royal Borough of Kensington sebagai tempat kediaman mereka setelah kepulangan mereka dari LA.

Rumah mereka sebelum ini, yang dikenali sebagai Beckingham Palace - telah dijual beberapa bulan yang lalu dengan nilai £ 12000000 .



'Victoria merasakan kediaman itu sesuai untuk menerima pelawat jika mereka menjadi Sir David dan Lady Beckham’.

Yang terletak berdekatan dengan Istana Kensington, rumah kepada Duke dan Duchess of Cambridge, adalah juga faktor nya, kata rakan.


Jom lihat betapa kayanya mereka ini? Dengan gaji main bola hampir setengah juta ringgit seminggu, duta produk, model...

His company, Footwork Productions, showed a profit for 2012 of £14.7million, up from £13.4million the previous year.

It appears Beckham’s ‘bodywear’ range for H&M and his range of aftershaves must be flying off the shelves.

Meanwhile, Beckham Ventures, which handles Victoria’s fashion business, had a turnover last year of £15.36million, up from £6.77m in 2011.

The company posted a profit of £2million, compared to a loss of £2.1million in 2011.

Sumber dari dailymail.

Kisah Amoi Seksi Dan 578 Kes Tipu Gores Dan Menang




KUALA PILAH - Sebanyak 578 kes aduan penipuan peraduan gores dan menang di seluruh negara telah dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Perkara tersebut diumumkan Menteri berkenaan, Datuk Hasan Malek dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Jualan Kembali Ke Sekolah di pasar raya Giant di sini sebentar tadi. - UTUSAN


Masih ada lagi yang tertipu dengan puak-puak ni...
Mana tak syoknya bila ditawarkan kereta mewah. Malah berlaku di Penang dan KL tawaran buat Umrah!

Modus operandinya mudah...
Dari pengalaman aku sendiri

Didatangi 2 atau 3 orang amoi seksi...

“Hello Encik kami dari Syarikat bla.. bla..
Kami nak buat survey harap Encik boleh bagi saya 2 minit saja...”.

“Dekat rumah En pakai barangan eletrik jenama apa?
TV, Washing Machine, Seterika, Peti Ais? Encik selalu shopping dimana? Bla.. bla..”.

“Oklah.. Harap Encik lah orang bertuah yang kami jumpa hari ini..
Boleh Encik pilih mana-mana satu sampul ini dan buka, jangan tengok dulu... kasi sama saya”,

“WOW Encik!! Encik sangat bertuah hari ini... (seronoknya sampai terlompat2)
Nanti Encik jangan lupa belanja saya kopi maaa!!”.

“Encik tau ka... apa Encik sudah menang?
Kereta Toyota Camry... kalau Encik tak mau, kasa sama saya laaa...”.

“Kalau Encik mau ini hadiah... Encik kena bayar sikit...
Mana ada barang free maa.
Ini kereta dia punya harga dekat 200 ribu maa.
Tapi kalau Encik mau.. Encik cuba perlu bayar RM3000 saja untuk proses keluar ini kereta. Tapi Encik kena datang dekat offfice untuk sign borang...”.

Perangkapnya sudah mengena?

Perangkapnya sudah mengena? Tak kot!
Ayat aku melepaskan diri... memang betullah macam amoi tu kata...
“Mana ada barang free maa”.

Dalam kepala hotak aku dari mula lagi dah diblock dan berazam aku tidak akan tertipu dengan amoi ni! Biarpun ditawarkan free menikah sorang lagi!

“Emmm.. tadi kata 2 minit, sekarang you sudah ambil masa saya dekat 20 minit!
Oh ya, tadi you datang naik apa?”. Tanyanya aku.

“Kami datang naik van, ada orang hantar...”. Katanya amoi bergetah tu.

“Emmm, macam ni lah, apa kata you ambil boucer bertuah saya ni... you balik office, Bayar RM3000 dan you ambil lah kereta Toyota Camry saya tu. Saya tak kisah. Besok tak payahlah naik van lagi maa...”. bye-bye.

Terlopong amoi tu atas bawah! Huhu.

Kalau suka sangat barang free,
Maka, terpampanglah didada akhbar...


Gores dan menang: 80 mangsa kerugian RM500,000
KUALA TERENGGANU 22 Okt. - Biar pun sudah diserbu beberapa kali namun kegiatan gores dan menang yang dijalankan oleh sebuah syarikat yang dipercayai beroperasi sejak beberapa tahun lalu di daerah ini masih tidak serik apabila terus memperdayakan mangsanya.

Kali ini, sebuah kereta jenis Nissan Almeira yang dipasang reben dan diletakkan di hadapan premis syarikat terbabit digunakan bagi mengaburi mata mangsa.

Bagaimanapun, setelah mangsa menyerahkan wang berjumlah RM10,300 dan menggores kad yang diberikan, mereka hanya memperoleh sebuah tilam yang dipercayai berharga RM700.

Pesara ditipu syarikat jualan langsung
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Seorang pesara pada mulanya berasa amat bertuah apabila dia dimaklumkan memenangi pakej menunaikan umrah daripada sebuah syarikat jualan langsung selepas membeli set barangan dapur pada Julai lalu.

Bagaimanapun, hasratnya untuk menunaikan ibadat itu semakin kabur selepas syarikat yang menjanjikan pakej hadiah tersebut hari ini menafikan pernah mengeluarkan sebarang tawaran kepadanya.

Wanita Singapura dakwa jadi mangsa gores menang
JOHOR BAHRU 22 Mac - Seorang wanita warganegara Singapura mendakwa, kerugian RM9,000 apabila menjadi mangsa penipuan syarikat gores dan menang selepas membeli-belah di City Square di sini, baru-baru ini.

Dalam kejadian pukul 3 petang 12 Mac lalu, Soon Meng Ching, 35, dalam perjalanan pulang ke republik berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dikenali sebagai Jacky dan Alex.

Dakwanya, kedua-dua lelaki itu kemudian menawarkannya untuk membuat cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah secara percuma.


@Benda yang paling syok atas dunia ni ialah... makan free!
Tak caya? Cuba tanya dengan orang bujang...



Mesti Baca! 10 Tanda-Tanda Orang Membela Hantu Raya




Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.
Antara tanda-tandnya ialah :

1. Takut bertentang mata bila bercakap.
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim.
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu.
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat.
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat.
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri.
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan.
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya.
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini (hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. 

Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.

Walau apa pun hantu yang mereka  guna kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Erti kata lain hantu yang takut kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul  kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pagi dan petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. 

Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah. 

Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. 
WaAllahu'alam.

Sumber;http://www.malaysiasensasi.net