KUALA PILAH - Sebanyak 578 kes aduan penipuan peraduan
gores dan menang di seluruh negara telah dilaporkan kepada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Perkara tersebut diumumkan Menteri berkenaan, Datuk Hasan
Malek dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Jualan Kembali Ke Sekolah
di pasar raya Giant di sini sebentar tadi. - UTUSAN
Masih ada lagi yang tertipu dengan puak-puak ni...
Mana tak syoknya bila ditawarkan kereta mewah. Malah berlaku
di Penang dan KL tawaran buat Umrah!
Modus operandinya mudah...
Dari pengalaman aku sendiri
Didatangi 2 atau 3 orang amoi seksi...
“Hello Encik kami dari Syarikat bla.. bla..
Kami nak buat survey harap Encik boleh bagi saya 2 minit
saja...”.
“Dekat rumah En pakai barangan eletrik jenama apa?
TV, Washing Machine, Seterika, Peti Ais? Encik selalu
shopping dimana? Bla.. bla..”.
“Oklah.. Harap Encik lah orang bertuah yang kami jumpa
hari ini..
Boleh Encik pilih mana-mana satu sampul ini dan buka, jangan tengok dulu... kasi sama saya”,
“WOW Encik!! Encik sangat bertuah hari ini... (seronoknya
sampai terlompat2)
Nanti Encik jangan lupa belanja saya kopi maaa!!”.
“Encik tau ka... apa Encik sudah menang?
Kereta Toyota Camry... kalau Encik tak mau, kasa sama
saya laaa...”.
“Kalau Encik mau ini hadiah... Encik kena bayar sikit...
Mana ada barang free maa.
Ini kereta dia punya harga dekat 200 ribu maa.
Tapi kalau Encik mau.. Encik cuba perlu bayar RM3000 saja
untuk proses keluar ini kereta. Tapi Encik kena datang dekat offfice untuk sign
borang...”.
Perangkapnya sudah mengena?
Perangkapnya sudah mengena? Tak kot!
Ayat aku melepaskan diri... memang betullah macam amoi tu
kata...
“Mana ada barang free maa”.
Dalam kepala hotak aku dari mula lagi dah diblock
dan berazam aku tidak akan tertipu dengan amoi ni! Biarpun ditawarkan free
menikah sorang lagi!
“Emmm.. tadi kata 2 minit, sekarang you sudah ambil masa
saya dekat 20 minit!
Oh ya, tadi you datang naik apa?”. Tanyanya aku.
“Kami datang naik van, ada orang hantar...”. Katanya amoi bergetah tu.
“Emmm, macam ni lah, apa kata you ambil boucer bertuah
saya ni... you balik office, Bayar RM3000 dan you ambil lah kereta Toyota Camry saya
tu. Saya tak kisah. Besok tak payahlah naik van lagi maa...”. bye-bye.
Terlopong amoi tu atas bawah! Huhu.
Kalau suka sangat barang free,
Maka, terpampanglah didada akhbar...
Gores dan menang: 80 mangsa kerugian RM500,000
KUALA
TERENGGANU 22 Okt. - Biar pun sudah diserbu beberapa kali namun kegiatan gores
dan menang yang dijalankan oleh sebuah syarikat yang dipercayai beroperasi
sejak beberapa tahun lalu di daerah ini masih tidak serik apabila terus
memperdayakan mangsanya.
Kali
ini, sebuah kereta jenis Nissan Almeira yang dipasang reben dan diletakkan di
hadapan premis syarikat terbabit digunakan bagi mengaburi mata mangsa.
Bagaimanapun,
setelah mangsa menyerahkan wang berjumlah RM10,300 dan menggores kad yang
diberikan, mereka hanya memperoleh sebuah tilam yang dipercayai berharga RM700.
Pesara ditipu syarikat jualan langsung
KUALA
LUMPUR 21 Nov. - Seorang pesara pada mulanya berasa amat bertuah apabila dia
dimaklumkan memenangi pakej menunaikan umrah daripada sebuah syarikat jualan
langsung selepas membeli set barangan dapur pada Julai lalu.
Bagaimanapun,
hasratnya untuk menunaikan ibadat itu semakin kabur selepas syarikat yang
menjanjikan pakej hadiah tersebut hari ini menafikan pernah mengeluarkan
sebarang tawaran kepadanya.
Wanita Singapura dakwa jadi mangsa gores menang
JOHOR
BAHRU 22 Mac - Seorang wanita warganegara Singapura mendakwa, kerugian RM9,000
apabila menjadi mangsa penipuan syarikat gores dan menang selepas membeli-belah
di City Square di sini, baru-baru ini.
Dalam
kejadian pukul 3 petang 12 Mac lalu, Soon Meng Ching, 35, dalam perjalanan
pulang ke republik berkenaan sebelum dihampiri dua lelaki berusia dalam
lingkungan 20-an dikenali sebagai Jacky dan Alex.
Dakwanya,
kedua-dua lelaki itu kemudian menawarkannya untuk membuat cabutan bertuah yang
menyediakan pelbagai hadiah secara percuma.
@Benda yang paling syok atas dunia ni ialah... makan
free!
Tak caya? Cuba tanya dengan orang bujang...
No comments:
Post a Comment