Kesan dan bahangnya telah mula dirasai, berkali telah di
war-warkan bahawa GST ini tidak akan membebankan rakyat katanya.
KUALA LUMPUR 25 Okt. - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan
dinaikkan
daripada RM500 kepada RM650, manakala bagi individu
bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000
sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika
membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat hari ini, berkata sebagai tambahan,
buat pertama kalinya BR1M 3.0 akan diperluaskan kepada isi rumah yang
berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan
sebanyak RM450.
"Pemberian ini adalah berdasarkan kepada kenaikan
kos sara hidup yang perlu ditanggung oleh golongan berpendapatan sederhana
rendah," katanya. - Utusan
Boleh dikatakan seperti durian runtuh jugalah bila
dikhabarkan...
Kerajaan Jimatkan RM1.1 bilion
Kata
Najib.. Negara mampu menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini melalui
pengurangan subsidi minyak dalam usaha menyalurkan dana tersebut kepada
golongan yang benar-benar memerlukan.
Rasionalisasi
subsidi itu bertujuan menstrukturkan semula fiskal negara agar pasaran yakin
dengan keadaan ekonomi negara, sekali gus membantu mencapai sasaran
mengurangkan defisit keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 3 peratus pada
2015.
"Ini
adalah langkah untuk membantu rakyat juga. Ekonomi yang stabil akan memberi
kesejahteraan kepada rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak dalam sidang akhbar di pejabatnya.
Kerajaan
mengambil keputusan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel
sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam semalam selepas mengadakan mesyuarat
dengan Jawatankuasa Dasar Fiskal sebelum itu.
Najib
berkata, impak pengurangan subsidi itu dilihat memberi kesan yang rendah kepada
kadar inflasi dan tidak akan memudaratkan rakyat.
Lagi berita baik supaya menjaga kesihatan dengan sebaiknya,
kira bonos juga lah...
Subsidi Gula Ditarik
Bajet
2013: Subsidi gula ditarik balik. Masa untuk "kurangkan gula dalam
minuman, tambahkan manis dalam senyuman"....pastinya lebih sihat, mental
dan fizikal.. baik untuk Seks juga.
Bila dah kaya nak kaya lagi...
Caj ASTRO Naik
Pembelian
siaran dari luar naik katanya...
Kali
ini taikun Astro & Maxis ini mengorak langkahnya apabila mula mengorak
langkah apabila harga Astro naik sekali lagi….
Bayaran
Bulanan Bagi Harga Astro Naik Bermula 24 November 2013
Bayaran
bulanan Harga Astro naik RM2 (bagi pakej keluarga)
Bayaran
bulanan Harga Astro naik RM6 (bagi pakej sukan)
Caj
Astro akan mula naik bermula 24 November 2013 ini.
Lihat sini permainan tarik tali..
Tambang Bas Tetap Naik 30%
Persatuan
Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) kekal dengan pendirian untuk menaikkan
tambang bas ekspres sebanyak 30 peratus walaupun ada pihak menyifatkannya
sebagai terlalu tinggi.
Presidennya,
Datuk Ashfar Ali berkata, kenaikan itu bukan disebabkan musim perayaan Hari
Raya Aidilfitri tidak lama lagi, tetapi sebagai semakan semula yang biasa
dilakukan dalam empat atau lima tahun sekali.
SPAD Masih Kaji Tetap Kadar Tambang Baru
Suruhanjaya
Pengangkutan Awam Darat (SPAD) masih dalam kajian bagi menetapkan kadar baharu
tambang bas ekspres dan sekolah yang bakal diumumkan tidak lama lagi.
Pengerusinya,
Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata pihaknya memerlukan sedikit masa
lagi bagi menetapkan perkara berkenaan kerana tidak mahu keputusan yang dibuat
kelak, mencetuskan rasa tidak puas hati kedua-dua pihak.
Katanya,
bebanan tanggungan kos pihak pengusaha syarikat bas berikutan kenaikan bahan
bakar perlu diambil kira sambil mengimbangkan dengan kemampuan penumpang untuk
menikmati perkhidmatan yang selesa.
@Siapa yang kena? Tidak lain jawapannya... Kau, Aku dan Dia!
Teringat pula dialog filem P. Ramlee, 3 Abdul.
“Bapak Marah?. Bapak jangan marah, nanti kena jual..”.
“Tidak! Bapak tak marah... seronok!.:.
“Tuan penasihat 20%, tak tahulah.. lepas ni balak apa
pulak yang datang.... huhu”.
No comments:
Post a Comment