Moscow: Seorang remaja dilapor menjual daranya dengan
harga sebanyak AS$30,000 (RM94,410).
Gadis berusia 18 tahun itu yang hanya dikenali dengan
nama gelarannya Shatunigha, mengiklankan jualan itu secara online, dengan
menyifatkan dirinya sebagai ‘baru dan tidak pernah diguna.’
Berasal dari Siberia, dia mencadangkan pertemuan di
sebuah hotel di Krasnoyarsk, tempat dia berharap menerima bayaran sebelum tidur
dengan lelaki yang bersedia membayar lebih daripada harga minimum yang
ditawarkannya.
Polis Russia berkata, mereka tidak akan menyiasat kes itu
kerana pembeli berkenaan tidak melanggar undang-undang.
“Saya perlukan wang dan kerana itu saya menjual barang
paling berharga saya,” katanya dalam laman lelong. menurut akhbar The Siberian
Times.
Dia juga menuntut supaya wang itu diberikan secara tunai.
Lelaki yang didakwa membeli daranya ialah Eggeniy Volnov. Bagaimanapun tidak
ada butir lanjut mengenainya disiarkan.
Dia membayar lebih sedikit daripada harga yang ditetapkan
remaja itu dan lelongan itu hanya berakhir satu hari saja.
“Tiada jenayah yang dilakukan. Ia juga tidak tergolong
dalam kesalahan melacur,” kata seorang jurucakap polis. Menurut laporan, remaja
itu pernah menawar menjual daranya tahun lalu.
No comments:
Post a Comment