Friday, November 1, 2013

Cukai GST dan Lidah BerCabang Dua




GST: Jangka Kekal 6% Selama 5 Tahun

KUALA LUMPUR 31 Okt. - KPMG Tax Services Sdn. Bhd. (KPMG) menjangkakan kerajaan mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada enam peratus bagi tempoh lima tahun pertama pelaksanaannya pada 1 April 2015.

Pengarah Eksekutif Ketua Cukai KPMG, Khoo Chin Guan berkata, langkah ini akan membolehkan rakyat dan perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan pembaharuan cukai baharu.

"Kadar GST yang bakal dilaksanakan di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini berbanding di antara tujuh hingga 10 peratus bagi negara-negara lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Persidangan Cukai KPMG Malaysian 2103 disini hari ini.

Sementara itu, Rakan Pengurusan Negara KPMG Malaysia, Mohd. Raslan Abdul Rahman berkata, GST tidak akan membebankan golongan berpendapatan sederhana dan rendah kerana cukai pendapatan akan dikurangkan.

"Dengan pengenalan GST juga, kadar cukai peribadi dan pendapatan akan boleh dikurangkan sedikit," katanya.

Jelasnya, Bajet 2014 memberi signifikan kepada usaha kerajaan untuk menangani pengurangan defisit sebanyak 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2014 dan mencapai tiga peratus menjelang 2015. – Utusan


@ Siapa yang menipu dan siapa yang kena tipu?
 "Kadar GST yang bakal dilaksanakan di Malaysia adalah yang paling rendah di rantau ini berbanding di antara tujuh hingga 10 peratus bagi negara-negara lain,"

Lihat ayat di atas.. memanglah 6persen tu rendah dari negara lain, tapi Siam mulakan GSTnya dengan 3persen jer.... huhu.

Kata-kata yang keluar dari mulut ahli politik boleh ke percaya? semalam cakap lain, hari ini lain pulak, esok spin lagi... lusa tengah cari idea apa pulak yang boleh dikelentong!!

Pesanan buat rakyat di Malaysia janganlah berduka cita dan bermuram durja lagi sebab tersalah pilih kadok. Kini Kadok dah naik junjung! Hadap jer lahhh...

Macam gaya kasanova pun ada... belum dapat cakap dan mintalah apa saja bahkan bulan dan bintang sekalipun... Tapi bila dah dapat... hai-hai, bye-bye..

 Seperti  biasanya... dan projek mee segera pun bermula...
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan hampir RM2 juta bagi membaik pulih jalan-jalan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

No comments:

Post a Comment