Tuesday, November 26, 2013

Warga Jr Emas Rogol Warga Senior Emas

Foto Hiasan
Berita ini jarang didengar. Lucu ada, pelik pun ada!
Orang selalu mengatakan rumah kata pergi, kubur kata mari.. Itu merujuk kepada orang tua miang dan buta nafsu. Tapi apapun kira okay lah atuk ni, kelakiannya masih mampu mencabar... tapi sayangnya dimanfaatkan pada tempat yang salah. huhu

Warga Emas 60-an Rogol Wanita 70 Tahun

LIMBANG  - Seorang lelaki warga emas sanggup bertindak ganas melampiaskan nafsunya merogol seorang wanita berusia 70 tahun di rumah mangsa di Ulu Mendamit dekat sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 malam berlaku ketika mangsa yang merupakan jiran suspek bersendirian di rumahnya.

Difahamkan suspek berusia 60-an mengetuk pintu rumah mangsa dengan alasan mahu meminjam lilin dan kemenyan.

Sebaik sahaja wanita itu membuka pintu, suspek terus menolak dan memeluk mangsa dari belakang sebelum menutup mulutnya menggunakan tangan.

Mangsa yang sudah uzur cuba melawan dengan menggigit tangan suspek namun gagal. Dia bagaimanapun dapat mengecam wajah suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Bukhori Saffai ketika dihubungi berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Limbang semalam.

"Dia dihantar ke Hospital Limbang untuk pemeriksaan lanjut manakala suspek ditahan pukul 11 pagi ini untuk membantu siasatan," katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd. Bukhori, kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Utusan


No comments:

Post a Comment