Itu tajuk sebuah filem. Langsi mermaksud besar kepala,
berlagak, eksyen. Mungkin itu boleh
dilabelkan kepada penjenayah ini. Sudahlah menggunakan IC palsu dari Sabah,
Cari makan di Malaysia bumi bertuah. Bila dah besar kepala sanggup untuk buat
apa saja. Tak kiralah cara halal atau haram. Sanggup membunuh pula!.
Apa yang pasti ibubapa kehilangan seorang anak, suami
kehilangan isteri tersayang dan anak kehilangan seorang ibu yang dikasihi. Tak
terfikir ke semua itu sebelum bertindak.
Apapun syabas dan tahniah kepada abang Polis yang berjaya
menjejak dan menahan penjenayah itu, kerana ada hutang yang perlu dibayar...
Masuk jerat
Kota
Tinggi: Suspek kes bunuh pegawai AmBank yang ditahan polis di Kampung Tanjung
Belungkor, di sini, pagi semalam, dipercayai gagal mendapatkan khidmat tekong
darat serta laut bagi membawanya pulang ke Indonesia.
Lelaki
berusia 37 tahun yang menggunakan nama Ardi Hamza di dalam MyKad palsunya
dipercayai datang ke Kampung Tanjung Belungkor di sini, dalam usaha melarikan
diri ke negara asalnya.
Ketua
Penyelaras Ops Bersepadu 6P Jabatan Imigresen Johor Masri Adul berkata,
kemungkinan itu diambil kira berdasarkan kes yang dikendalikan pihaknya sebelum
ini.
“Kebiasaannya
warga asing yang pulang melalui lorong tikus tidak akan melanggar arahan tekong
bagi mengelak pergerakan mereka dihidu pihak berkuasa.
“Tetapi,
dalam kes ini, suspek dipercayai gagal mendapatkan khidmat tekong dan kerana
itu dia mungkin sanggup menggunakan apa juga cara, termasuk mencuri bot nelayan
untuk melarikan diri,” katanya.
“Kebiasaannya,
warga asing akan mengikut apa juga arahan diberi tekong dan sentiasa berada di
dalam rumah transit disediakan walaupun tidak selesa,” katanya, semalam.
Beliau
berkata demikian ketika mengulas penahanan Ardi oleh pasukan khas Ops Cantas
Bukit Aman di kampung berkenaan pada jam 7 pagi semalam.
Ardi
menjadi buruan polis selepas membunuh pegawai AmBank Subang Jaya, Selangor,
Norazita Abu Talib, 37, pada 23 Oktober lalu sebelum melarikan wang tunai
RM450,000.
Norazita
yang berkhidmat selama 16 tahun dengan bank itu meninggal dunia di tempat
kejadian akibat kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan ‘pump gun’
suspek.
Masri
berkata, dia juga tidak menolak kemungkinan suspek menjadikan rumah atau premis
tertentu di sekitar kawasan berkenaan sebagai rumah transit, sementara menunggu
waktu sesuai untuk menyeludup keluar.
“Suspek
juga gagal meloloskan diri berikutan kawalan ketat Polis Diraja Malaysia
(PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
(APMM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.
Sementara
itu, penangkapan suspek yang diburu sejak 20 hari lalu disahkan Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah menerusi satu
kenyataan media semalam.
“Polis
percaya dengan penahanan suspek ini, kes berkenaan berjaya diselesaikan,”
katanya dalam kenyataan itu.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter rasminya turut
mengucapkan tahniah kepada pasukan khas Ops Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM)
yang berjaya menahan suspek terbabit.
“Syabas,
pasukan Ops Cantas Bukit Aman berjaya tangkap pembunuh/perompak kejam AmBank di
Johor pagi ini. Terima kasih rakyat Malaysia yang membantu PDRM,” katanya.
Harian
Metro difahamkan, suspek utama dipercayai menggunakan pengangkutan awam untuk
ke Kampung Tanjung Belungkor dan bersembunyi dalam sebuah rumah kosong sebelum
diserbu polis.
Sumber
berkata, bagi mengelakkan dicekup, suspek mahu melarikan diri ke negara asalnya
dengan mengupah sindiket pemalsuan dokumen bagi membolehkannya menembusi
sempadan.
“Namun,
usahanya belum pun berhasil apabila tempat persembunyiannya berjaya dikesan
polis hasil risikan dan maklumat selain mendapat kerjasama daripada jabatan
lain.
“Polis
turut mendapat kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
untuk mengesan suspek melalui akaun Facebooknya,” katanya.
Polis
turut merampas sejumlah wang disyaki hasil rompakan daripada suspek, namun
jumlahnya belum dipastikan. –hmetro
Klik
untuk ikuti berita sebelum ini;
Klik
untuk lihat gelagat syaitan itu;
No comments:
Post a Comment