Sungai Buloh: Kakak durjana! Itu perkataan sesuai
menggambarkan tindakan seorang wanita yang sanggup menyembunyikan perbuatan
terkutuk suaminya yang menjadikan adiknya hamba seks dengan alasan mahu menjaga
maruah lelaki berkenaan.
Mangsa berusia 30-an dan bertugas sebagai penjawat awam
itu dikatakan tampil membuat laporan polis pada 11 Oktober lalu berikutan
terlalu tertekan dengan perbuatan kakaknya yang hanya mendiamkan diri selain
memaksanya untuk mengunci mulut.
Mangsa mendakwa menjadi pemuas nafsu abang iparnya sejak
tujuh tahun lalu ketika bertandang ke rumah kakaknya di Shah Alam dengan
kejadian terbaru, April lalu.
Menurut sumber, abang ipar mangsa yang berusia 30-an itu
dikatakan masuk ke dalam bilik tidurnya kira-kira jam 2 pagi untuk melakukan
perbuatan terkutuk itu.
“Mangsa mendakwa dia seolah-olah dipukau dan separuh
sedar kerana ketika kejadian dia hanya mampu menurut permintaan lelaki
berkenaan tanpa sebarang bantahan,” katanya.
Sumber berkata, ketika kakak mangsa masuk ke dalam bilik
adiknya awal pagi untuk mengejutkan mangsa bersarapan, wanita itu ternampak
suaminya tidur bersama-sama di dalam bilik berkenaan namun tidak menunjukkan
reaksi marah sebaliknya terus meninggalkan bilik berkenaan.
“Apabila mangsa pulang ke rumahnya, abang iparnya sering
menghubunginya dan meminta mangsa menutup mulut serta merahsiakan perkara itu
daripada pengetahuan keluarga terutama ibu bapa mereka.
“Lelaki itu mendakwa dia bertindak demikian kerana
tertekan selepas kakak mangsa dikatakan tidak mampu melakukan hubungan intim
selain disahkan mandul,” katanya.
Katanya, perbuatan itu berlarutan sehingga mangsa
akhirnya merayu kakaknya menyelesaikan perkara itu dan bertanggungjawab atas
perbuatan suaminya.
“Namun kakaknya masih berdegil dan meminta mangsa terus
mendiamkan diri dan menurut kemahuan suaminya yang mempunyai perwatakan baik
dalam keluarga mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh
Superintendan Junaidi Bujang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan
polis terbabit dan siasatan lanjut masih dijalankan, namun belum ada tangkapan.
–hmetro
@Komen;
Dalam kes ini, dibolehkan abang ipar mengahwini adik
ipar. Istilah kata ‘salin tikar’. Diharamkan pula bila memperisterikan dua beradik dalam
satu masa. Abang ipar perlu ceraikan dahulu kakak dan berkahwin dengan adik tidak
pula menjadi kesalahan. Dalam hal ini abang ipar dan kakak (subahat) terpalit dengan
dosa selama 7 tahun itu...
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment