Bertuahnya rakyat negeri Selangor kerana mendapat seorang pemimpin yang
berjiwa rakyat. Syabas juga kepada yang celik dalam tidur seperti penduduk di Sg Limau.
Malangnya masih ada yang celik tapi tidur...
Agak-gaklah, dengan soalan cepuMas ini, Jika dihantar Badan
pemantau rasuah antarabangsa, Global Witness (GW) siasat antara MB selangor ini
juga KM Pulau Pinang dan MB Pahang serta MB Terengganu sekarang ini... siapa
yang akan masuk dalam kandang besi??
Ada juga orang tanya, Kenapa GW dan bukannya SPRM? Jawapannya
dah sedia maklum kot! Pasti Jawapan
fotostat akan keluar .. tiada bukti atau tiada kes macam PKPZ.
Syoknya rakyat Selangor bila dapat berita ini;
Kerajaan
negeri Selangor dimuktamadkan untuk mengambil alih dan mengurus sepenuhnya
empat syarikat konsesi bekalan air di negeri itu, kata Menteri Besar Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau
berkata surat rasmi yang diterima pada 9 September lepas daripada kerajaan
persekutuan menunjukkan kesepakatan untuk kedua-dua pihak menyelesaikan segera
isu pengurusan air demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Semua orang dengki bila ada kenyataan begini..
Maner ader...
Gaji mewah pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor
(SYABAS) Tan Sri Rozali Ismail yang didakwa mencecah RM5.1 juta setahun atau
RM425,000 sebulan atau RM14,166.65 sehari.
Ini cerita pemimpin kita...
Pakatan
Rakyat menegur tindakan pimpinan tertinggi kerajaan yang sering menggunakan
pesawat eksekutif untuk penerbangan dalam negara dan luar negara.
Ahli
Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata kos bahan api bagi enam pesawat yang
digunakan sepanjang tahun 2012 sebanyak RM14,951,448.04 dan RM167,079,541.80
bagi kos penyelenggaraan adalah sangat tinggi dan merupakan pembaziran.
"Ini
satu contoh pembaziran perbelanjaan kerajaan terutama pemimpin tertinggi
kerajaan. Pesawat eksekutif sering digunakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana
Menteri dan pegawai tinggi kerajaan," katanya pada sidang media di lobi
Parlimen hari ini.
Beliau
juga mempersoal keperluan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin
menaiki pesawat eksekutif walaupun dalam negara sedangkan pesawat biasa
sentiasa beroperasi.
Ini pula cerita pemimpin negara orang...
Perbelanjaan
Perdana Menteri itu, katanya, jelas jauh berbeza dengan rakan sejawatnya dari
Singapura, Lee Hsien Loong.
“Perdana
Menteri Singapura, Lee Hsien Loong hanya menaiki Singapore Airline ketika
membuat lawatan luar Negara dan ini menjimatkan jutaan wang.
“Begitu
juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga sentiasa memilih kelas
ekonomi semasa membuat lawatan kerja. Teladan baik ini harus dicontohi,” kata
Penolong Bendahari DAP Kebangsaan itu.
Kor
Ming berkata, mengenai peruntukan belanjawan tambahan yang dibuat dua kali di
Parlimen yang mencerminkan kegawatan kerajaan menguruskan kewangan negara.
“Bukan
rakyat sahaja kena berjimat-cermat, kerajaan juga kena tukar cara hidup,”
katanya lagi. -Roketkini.com
@Jangan berjalan dengan mata pejam, nanti jatuh longkang!
No comments:
Post a Comment